Semua Sokong Khalid Ibrahim Diisyitihar Penyokong UMNO - Fatwa Kitab Penyokong PKR.
Artikel ini sedang giat disebarkan oleh ahli2 dan penyokong2 taksub PKR. Boleh tahan juga caption2 dorang ek. Memang semua jadi UMNO dah sekarang neh tak pasal2. Dalam kubur nanti ditanya siapa tuhan kamu. PKR. Apa agama kamu. PKR. Apa akidah kamu. PKR. Apa syurga kamu. PKR. Apa nabi kamu. PKR.. err mungkin bukan PKR tapi..
Wakakaka..
Ahli2 PKR beranggapan ;
Sesiapa lawan PKR bermaksud lawan Imam Mahdi.
Sesiapa melawan PKR bermaksud lawan anugerah tuhan.
Sesiapa melawan PKR bererti melawan Alquran.
Sesiapa melawan PKR bererti melawan Allah.
Maka, jangan lawan PKR la lahanat2 oi.
Ini yang dorang nak kita fikirkan. Dan dorang ingat rakyat bangang nak mampos macam dorang kot. Btw, isunya bukan sapa sokong Khalid ataupun sapa tak sokong Khalid. Isunya, kalau nak lakukan penukaran, lakukan dengan HARMONI dan AMAN DAMAI. Jangan lakukan dalam keadaan kusut masai, cetuskan kontroversi dan wujudkan pergaduhan sesama sendiri. Ini point dia. Bukan bermaksud kita tak setuju dengan penyingkiran tue kita sokong Khalid. Tapi kita tak setuju dengan cara penukaran itu dilakukan. Tak faham2 ka?
BODOH NAK MAMPOS punya geng2 PKR.
Kononnya. Musuh bila dia sokong kita ada masalah la tue. Ini musuh (blogger yang berlakon macam anti BN padahal propa untuk bagi PR syok sendiri supaya dorang boleh baca dan predict taktikal PR di kemudian hari bagi tujuan pertahanan BN) yang sokong movement PKR dan geng2 PKR p sebar merata takpe pula ek?
Sabar. Sabar. Sabar.
Aku cuma nak menghighligtkan pemikiran korang je. Cakap lembut2 kang korang bukan jenis faham bahasa. Cakap kasar2 tahu pula sentap dan marah2. Tapi tindakan diri sendiri menyeru untuk orang maki korang tak fikir pula kan?
Baca ;
Berikutan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan peribadi menyokong Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, ia kini melarat kepada pergolakan yang lebih besar kepada PAS dan juga PR.
Di dalam PAS, ia menyerlahkan keinginan sesetengah pihak dalam parti itu yang ingin bekerjasama dengan Umno dan mengkhianati rakan-rakan seperjuangannya melalui maklumat WhatsApp yang bocor dan tersebar luas sekarang ini.
Di dalam PR pula, tindakan Hadi itu meretakkan hubungan PR dan memungkinkan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP bakal berkecai.
Secara langsung juga, ia menyerlahkan kelemahan Hadi sebagai presiden parti. Beliau seharusnya sedar bahawa sebagai ketua parti, beliau tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mendahului keputusan mesyuarat, lebih-lebih lagi jika menyedari ia mungkin menimbulkan kontroversi.
Apakah perlunya Hadi bercakap mempertahankan Khalid secara gopoh tanpa mahu menunggu mesyuarat pada 10 Ogos depan? Apakah kepentingan yang ingin dipertahankannya?
Di sinilah terserlahnya kelemahan utama Hadi dalam isu menteri besar Selangor ini, tambahan pula beliau juga tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 23 Julai lalu.
Melalui tindakan Hadi itu juga, ramai yang kecewa dengan sikapnya itu.
Ahli PAS yang mendokong perjuangan bersama PR dengan hasrat utama menumbangkan Umno, mulai merasa mual dengan perkembangan terbaru ini.
Hadi bukan saja dilihat senada dengan Umno dalam mempertahankan Khalid, bahkan pembocoran adanya pimpinannya sendiri yang mahu bekerjasama dengan Umno dengan membentuk kerajaan campuran tidak lebih menunjukkan bahawa menentang kemungkaran yang sering dilaung-laungkan selama ini bukanlah agenda utama sebenarnya.
Soal kedudukan Khalid yang akhir-akhir ini mesra dengan Umno tetapi ingin dipertahankan oleh Hadi dengan alasan beliau tidak pernah mengkhianati rakyat, jelas menunjukkan presiden PAS itu tidak belajar daripada kesilapannya mempertahankan Azizan Razak di Kedah dahulu.
Ketika itu ramai pimpinan PAS Kedah yang mahukannya menukar Azizan Razak tetapi kerana terus dikekalkan, akhirnya Umno dapat merampas kembali negeri itu.
Begitu juta di Selangor, Khalid sejak akhir-akhir ini menampakkan wajahnya yang sebenar. Beliau lebih mesra Umno dan Pusat daripada PKR dan PR yang meletakkannya ke jawatan menteri besar.
Beliau bukan saja mentadbir Selangor secara solo, malah tidak mahu menemui jawatankuasa yang dipersetujui oleh PR mengenai isu air.
Mungkin benar, seperti pemahaman Hadi bahawa Khalid tidak mengkhianati rakyat tetapi beliau sebenarnya mengkhianati perjuangan PR dan rakan-rakannya sendiri.
Tidak mustahil mengekalkan Khalid yang disokong oleh Hadi akan menyebabkan sejarah Kedah berulang dengan jatuhnya juga PR di negeri itu.
Oleh itu, untuk memastikan PR terus relevan dan kekal dengan momentumnya, bukan saja Khalid perlu ditukar, bahkan Hadi sebagai Presiden PAS juga perlu dipencenkan dengan segera.
Untuk menjadikan PAS terus diterima rakyat dan dinamik dalam tindakannya, PAS perlu dipimpin oleh seorang yang lebih matang, tidak gopoh, bijaksana serta kukuh pendiriannya.
Hadi sekarang bukan lagi Hadi yang dulu. Jika semasa namanya memuncak, beliau terkenal sebagai pemidato yang hebat dan keras dengan perkataan kafir dan taghut jarang lekang daripada bibirnya, bahkan amanatnya yang menolak kerjasama dengan Umno kerana tidak mengamalkan ciri-ciri Islam masih lagi menjadi rujukan dan diperkatakan.
Namun kini, ciri-ciri Hadi yang dulu semakin menipis dalam dirinya.
Beliau juga begitu mudah dipengaruhi oleh maklumat tidak sahih, terutama dalam isu pil kuda dan calon bertindih di beberapa kawasan dalam pilihan raya lalu sedangkan kesepakatan dicapai sebelum itu.
Ada juga maklumat menyebut beliau turut mengadakan pertemuan dengan kelompok tertentu dalam Umno mengenai pembentukan kerajaan perpaduan sebelum pilihan raya lalu.
Semua ini menunjukkan ketidakyakinan terhadap perjuangan sendiri dan mudah terbuai dengan tawaran lain daripada pihak luar.
Beliau juga ditakrif gagal kerana hanya berjaya mempertahankan kerajaan Terengganu selama sepenggal sahaja.
Selepas menang di Terengganu pada 1999, tidak lama selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, PAS kemudiannya dalam pilihan raya 2004, 2008 dan 2013 seolah-olah tidak mampu lagi menumbangkan Umno di Terengganu walaupun ketika Umno Terengganu dipimpin oleh Ahmad Said yang paling gedebe dan kononnya paling tidak berkualiti serta dibenci.
Moralnya ialah rakyat Terengganu dapat melihat sendiri selama sepenggal kepimpinan Hadi sebagai menteri besar lebih banyak diselubungi ketidakmampuan dan kelemahan.
Hadi nyata berbeza dari segi aura dan karismatiknya jika dibandingkan dengan Nik Aziz yang bukan saja lebih diterima oleh rakyat Kelantan, bahkan lebih kontemporari dalam membicarakan isu-isu semasa. Pengundi muda lebih menerima Nik Aziz berbanding Hadi.
Kiranya PAS ingin terus maju ke depan dan dinamik dalam gerak kerja politiknya bersama PR, dalam pemilihan akan datang dan sebelum pilihan raya 2018, Hadi perlu ditukar segera.
Pilihlah yang terbaik di antara barisan kepimpinan PAS sedia ada untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti itu.
PAS perlu segera diselamatkan jika ingin terus mendapat sokongan yang baik daripada rakyat. Tindakan Hadi "kacau daun" dalam isu menteri besar Selangor sudah mula menunjukkan adanya penolakan rakyat biasa terhadap parti itu.
Ada juga ahli PAS yang mahu meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan kelemahan yang ditunjukkan oleh Hadi, lebih-lebih lagi hasrat untuk bergabung dengan Umno yang jelas ditunjukkan oleh salah seorang pimpinannya.
Jika Hadi terus kekal memimpin PAS bersama gerombolannya yang pro-Umno, parti itu bukan saja akan terus menjadi pembangkang, malahan tidak mampu menyumbang kekuatan kepada PR mencapai cita-cita menumbangkan Umno dan BN.
Lainlah jika PAS hanya ingin pahala di akhirat dan lebih merelakan negara ini digenggam oleh Umno dan BN selama-lamanya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 30 Julai, 2014. -TMI-
Meskipun aku bersetuju Hadi tidak lagi relevant untuk memimpin PAS tapi alasannya bukan kena mengena dengan Kajang movie. Adalah alasan lain yang aku malas nak taip kat sini. Yang puak2 PKR dok happy je share artikel neh kan?
Muahahaha..