t>

Breaking News

CEO MRT CORP Letak Jawatan Serta Merta Susulan Runtuhan Konkrit Yang Menyebabkan 3 Pekerja Maut.


Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid umum letak jawatan serta-merta susulan kejadian runtuhan konkrit landasan MRT yang mengorbankan tiga pekerja

Ini laporan kemaskini terbaru daripada agensi berita BERNAMA sebentar tadi. Bagus. Mengambil satu tindakan yang cepat dan bertanggungjawab. Macam ini la pengerusi. Bukan asyik nak berlepas diri dan salahkan orang bawah aje. Awak tue big boss. Kerja orang bawah hasil dari pemantauan awak. 

Semalam ;
 
Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya, sebuah jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang dalam pembinaan dikatakan telah tertanggal dari tiangnya dan terjatuh.

MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerja dipercayai terperangkap di bawahnya.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamata telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.

Sementara itu, ketika dihubungi oleh Astro AWANI jurucakap MRT Leaone Shen-li, mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan satu kenyataan akan dikeluarkan selepas mendapat pengesahan. - Awani -



Penambahan maklumat.

3 yang terperangkap dalam runtuhan ialah pekerja binaan.

Kesemuanya berasal dari Bangladesh.

Satu daripada 3 yang tertimbus sudah ditemui pada jam 2.45 pagi tadi.

Dan pada jam lebih kurang 1.52 petang dan 1.59 mayat dua lagi mayat tertimbus selamat dikeluarkan ini menjadikan kesemua mayat telah pun ditemui. 

Runtuhan konkrit pada semalam adalah terburuk sekali dalam pembinaan MRT. Sebelum ini beberapa perkara yang berkaitan kecuaian telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Bahkan, pembinaan MRT yang mendorong ke arah penutupan jalan dan menyebabkan laluan jalanraya menjadi sempit, tanpa kawalan pasukan traffic juga telah mengundang kemalangan dan kematian akibat dari kemalangan2 tersebut. Bantahan demi bantahan telah disuarakan namun setakat ini MRT menafikan wujud kecuaian langsung yang berpunca dari pihak mereka. Semalam, 3 nyawa telah menjadi mangsa menjadikan ianya krisis terburuk dalam pembinaan MRT memaksa CEOnya meletak jawatan serta merta. Kes ini akan disiasat oleh PDRM samada wujud unsur2 kecuaian dari segi pembinaan dan pengagihan tender tugas.