Khalid Sudah Penat Jadi Catur - Dan Sultan Tidak Mahu Bertemu Khalid.
Baca sini untuk hint. Aku taknak cakap direct sebab ia babitkan istana. Satgi aku kena penjara ingat korang semua nak tolong aku? Tak la kan. Mesti aku kena kutuk. Time kutuk BN huha huha happy dengan aku. Penyokong2 PR dah jadikan aku la wira sebab kutuk BN kaw2. Time kutuk PR plak penyokong2 BN huha huha dengan aku. Tetiba aku la kawan dorang. Aku jadi musuh partisan PR pula. Time aku kena? Huha2 semua lari. Tak kenal sapa dia neh. Apahal plak aku nak tolong kau? P MAMPOS LA KAU SORANG2 DISITU. MEREMPUT SUDAH. SAPA SURUH SIBUK MELAWAN PEMIMPIN2 DAN PARTI DI NEGARA INI.
HA HA HA
Ini la faktanya. Nak mengajak atau menyeru manusia untuk menerima hakikat memang masalah sikit. Semua pihak akan pijak rakyat miskin dan tertindas macam kau sebab kau bukan sapa2. Rakyat miskin yang lain juga akan pijak kau. Samada sengaja mahupun tak sengaja. Lebih cepat kau terima ini, lebih mahir untuk kau kuatkan semangat diri.
Hahaha..
Sultan menolak untuk bertemu Khalid. Khalid memang nak pergi dah. Tapi dia disuruh bertahan disitu atas sesuatu sebab. Alasan untuk rakyat, tunggu sultan pulang dari bercuti. Kena faham kiasan itu. PR nampaknya tak favor pada pembubaran DUN.
Baca ;
Istana Selangor menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.
Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda menitahkan Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.
"Saya telah menerima permohonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadap DYMM Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan perkembangan semasa politik di Negeri Selangor dan juga kedudukan beliau sebagai Datuk Menteri Besar Selangor.
"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Walau bagaimana pun Baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga Baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Munir dalam satu kenyataan hari ini.
Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berlepas ke Budapest, Hungary, untuk bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.
Satu mesej teks ringkas (SMS) disebarkan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat berkenaan hal ini.
SMS tersebut turut menyatakan Khalid menghadap Sultan untuk mendapat perkenan pembubaran Dewan Negeri, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
"Dapat maklumat semalam Khalid akan meminta Sultan membubarkan DUN (Dewan Negeri Selangor).
"Mungkin Khalid akan ke Budapest bertemu DYMM (Sultan)," kata mesej yang dilihat Malaysiakini itu.
Bagaimanapun Setiausaha Akhbar Khalid Arfa'eza Abdul Aziz menafikan spekulasi tersebut.
Beliau menyatakan Khalid akan meneruskan kerja seperti biasa sehingga Sultan kembali dari luar negara 27 Ogos depan. -MKINI-