85% Undian Online Mahu Khalid Ibrahim Diberikan Peluang Pulihkan MAS.
Astro Awani ada buat undian online. Lebih kurang dalam 5 jam yang lepas. Soalan yang ditanyakan oleh ASTRO AWANI ialah adakah KHALID IBRAHIM MAMPU MEMULIHKAN MALAYSIAN AIRLINES?
Daripada 1,712 pengundi yang menyertai undian tersebut (setakat artikel ini ditulis) didapati 85% memilih YA sebagai jawapan mereka.
8% memilih jawapan TIDAK.
Manakala 8% memilih jawapan MUNGKIN.
Sebenarnya. Bagi aku selagi mana MAS masih mengekalkan ketua yang sama, CEO yang sama, pengarah yang sama, pentadbir yang sama dan harapkan prestasi yang berbeza, itu satu perkara yang pelik.
Mereka2 ini telah diberikan peluang untuk memulihkan MAS dan nampaknya masih gagal. Apa kata buka peluang kepada orang lain. Jika benar kerajaan kita mahu memulihkan kembali MAS seperti zaman kegemilangan dulu, MAS perlu diterajui oleh mereka2 yang bukan sahaja berintergriti, berpengalaman luas bahkan amanah juga.
Walaupun cadangan asal Subky Latiff dibuat atas political motivated, tetapi cadangan itu nampaknya diterima oleh ramai orang secara positif. Itu sebab beberapa pihak tampil menyatakan cadangan yang sama dan berharap kerajaan boleh mempertimbangkan pengalaman yang ada pada TSKI untuk menyelamatkan MAS yang berada dalam keadaan kritikal ketika ini.
Untuk rekod, ketika Selangor baru2 diambil alih oleh PR pun, Selangor berada dalam keadaan yang kritikal. Ia adalah keputusan dan kerjasama semua pihak dibawah Khalid untuk memulihkan kembali keadaan kewangan Selangor.
Bukan hasil kerja Khalid semata2. Hasil kerja semua pihak yang bekerjasama tapi ketua mereka adalah Khalid. Rekod Khalid bukan hanya diakui oleh sebelah pihak semata2 bahkan semua pihak mengakui prestasi Khalid bila bercakap soal kewangan.
Apa kata kita desak kerajaan beri peluang kepada TSKI untuk tunjukkan apa yang dia ada untuk memacu MAS. Tak salah pun mencuba. Jika TSKI mampu memulihkan MAS, ia satu kebanggaan buat negara juga sebab dapat menyelamatkan aset negara. Jika sekalipun TSKI gagal, at least kita pernah usaha untuk memulihkan MAS. Daripada diberikan kepada tangan2 yang sama tangan2 yang tak beramanah, buat apa kan?
Haha.
Untuk menyertai undian online, klik sini.