t>

Breaking News

Kenali Tokoh Sejarah Merdeka 57 - Khatijah Sidek Wanita UMNO Yg Menakutkan UMNO.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Khatijah Sidek ketua wanita umno yang di sisih kerana anti penjajah.

Allahyarhamah Ibu Khatijah Sidek adalah satu satunya ketua wanita umno (pada ketika itu di sebut ketua kaum ibu) yang berasal dari golongan marhaen melayu. Sebelum itu ketua wanita umno semuanya adalah dari golongan bangsawan yang mesra penjajah. 

Khatijah Sidek adalah seorang wanita kampung yang berjaya menggerakkan perjuangan kaum wanita menentang penjajah. Beliau pernah meringkuk dalam penjara Singapura selama dua tahun. Lebih menyedihkan, beliau telah hamil dan melahirkan anak sulung beliau di dalam penjara.

Penyertaan Khatijah ke dalam umno pada tahun 1953 telah berjaya memujuk hampir 10,000 orang wanita untuk menyertai UMNO namun kehadiran beliau di dalam UMNO tidak disenangi oleh ahli dan pemimpin UMNO yang mesra British. Khatijah dari awal lagi mengkritik secara terbuka, pendirian sederhana pemimpin UMNO, yang menurut beliau, takut untuk berjuang ke arah kemerdekaan, malah sangat takut untuk meneriakkan slogan Merdeka (Slogan UMNO ketika itu adalah Hidup Melayu). 

Khatijah Sidek adalah pemimpin wanita UMNO pertama yang begitu lantang menyuarakan hak wanita secara terbuka. Dalam Persidangan Agung UMNO 1953, beliau dengan lantang telah menuntut supaya bilangan perwakilan dari ahli wanita ditambah. Kelantangan beliau menimbulkan rasa resah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO lalu membawa kepada pemecatan beliau dari UMNO pada tahun 1956.

Khatijah Sidek yang begitu banyak jasanya kepada pejuangan kaum wanita di malaya dalam menuntut kemerdekaan telah di sisihkan daripada bersama sama meraikan hari kemerdekaan pada 31 ogos 1957 kerana sifatnya yang bertentangan dengan umno yang pro British.

Sepanjang hayatnya, beliau merupakan seorang pemimpin yang melalui kehidupan yang sangat susah. Sebagai isteri kedua, beliau disisihkan oleh keluarga, dan hanya menumpang tinggal di bilik kecil di klinik milik suaminya, bersama dengan empat orang anaknya.

Khatijah Sidek diterima kembali ke dalam UMNO pada tahun 1972 ketika sudah semakin uzur. Beliau meninggal pada tahun 1982 di Kuala Lumpur ketika berusia 64 tahun, dalam keadaan miskin tanpa harta dan juga tanpa sebarang pengiktirafan dan penghargaan negara.

Tambahan : Ibu Khathah Sidek juga merupakan calon wanita Pas pertama dalam sejarah Pas menyertai pilihanraya.


Rujukan : sini