Penjelasan Remaja Lelaki YG Dera Anak Anjing Sampai Mati.
Rupa2nya inila video yang dorang sharekan ramai2 pada hari itu ye. Siap tersebar dalam wassap lagi. Glamer la sekejap kau ye. Sekarang neh memang share cerita berkaitan penderaan binatang kot. Perasan tak?
HAHAHAAH..
Ini kononnya penjelasan disebalik tindakan remaja terbabit. Aku tatau la betul ke tak. Kalau betul remaja tue didera oleh keluarganya, orang yang beri penjelasan ini patut buat laporan polis dan minta diambil tindakan ke atas pendera2 remaja tersebut. Setakat sembang kata dia kena dera buat apa. Ce kau bantu selesaikan masalah dia lagi bagus.
HAHAA..
Tapi kan, korang2 yang suka mendera binatang diminta fikir masak2. Tengok. Remaja neh berusia 15 tahun. Muda lagi kot. Dah kena bawa ke mahkamah untuk jalani proses perbicaraan. Muda2 dah ada rekod buruk. Tak pasal2 aje. Konon nak lepas geram. Alih2 kau yang menjadi geram. Padan muka.
Baca jap ;
Video seorang remaja lelaki mendera seekor anak anjing yang menjadi viral di laman Facebook kini telah ditahan oleh pihak polis.
Navindran, 15, berasal dari Banting yang kini menetap di Bahau, Seremban didapati mendera seekor anak anjing di sebuah kawasan bangunan kedai terbengkalai dengan beberapa orang rakannya.
Bagaimanapun, Navindran dibebaskan dengan jaminan polis dan kes ini akan dibawa ke mahkamah.
Menurut seorang pengguna Facebook, Puspa Rani, Navindran kehilangan ibunya di usia kanak-kanak. Kehidupannya bertambah perit, apabila dia seringkali didera oleh isteri kedua ayahnya secara mental.
Tidak gemar dengan kehadiran Navindran, wanita berkenaan menghantar Navindran ke rumah ibu saudaranya di Bahau, Seremban.
Menurut ibu saudaranya, Navindran sebenarnya kurang kasih sayang dari keluarganya. Dan dia hanya selalu ingin berada di sisi ayahnya.
Post by Puspa Rani.
Bagaimanapun, video yang merakam tindakan Navindran yang mendera seekor anak anjing tersebar di Facebook mengundang pelbagai tohmahan dari masyarakat.
Puspa Rani meminta orang ramai membantu remaja ini dari memaki hamunnya bertalu-talu. Saranan orang ramai yang mahukan remaja ini disumbat dalam penjara juga dikatakan tidak akan mengubah Navindran menjadi seorang yang lebih baik, sebaliknya menjadikan dia lebih benci kepada masyarakat dan anjing.
Puspa Rani berniat ingin membawa Navindran ke pusat pelindungannya di Kajang dan memberi didikan kepadanya apa erti kehidupan dan tunjukkan kepada dirinya apa itu kasih sayang sesama mahkluk.
Baca luahan hati Puspa Rani di bawah:
Harap cerita ini dapat meredakan kemarahan orang ramai meskipun agak mustahil. -MediaHubOnline-