t>

Breaking News

Selepas 57 Tahun Merdeka - Kisah Sedih Untuk Bacaan Rakyat Malaysia.

Aku pantang sikit baca citer2 macam neh. Mula la nak rasa sedih. Haiya.. 

Selepas 57 tahun merdeka ini masih berlaku kat negara kita. Haha

----------------------

Saya cikgu Mohd Hisyammieddy Esa telah mengadakan lawatan ke rumah murid yang terpaksa berjalan seawal jam 4 pagi utk sampai ke sekolah hampir 4 jam. Melalui jln kg yg amat mencabar dgn lumpur, lubang & semak samun rumput panjang akhirnya sampai ke rumah jerry & jaiman menggunakan motorsikal walaupun 2 kali tayar tersekat teruk di lumpur dan perlu disorong serta 2 kali juga hampir terbabas ke gaung@parit sbb tayar berlumpur menyebabkan licin. Setelah setengah jam, sampai juga ke rumah murid istimewa ini dgn selamat.

Sampai di beranda saya disambut dengan senyuman ayah murid ini yg sdg sakit( penyakit Tibi) Mujur ada 8biji panadol di beg sy utk ubat beliau. Rumah mereka agak cantik secara luaran tetapi di dalam agak kurang terurus. 

Matapelajaran Pengurusan kehidupan komponen pengurusan diri akan dididik kpd murid ini di kelas pendidikan khas agar mereka dpt ditransformasi kpd cinta kebersihan. Si ayah mendapat bantuan dr jkm rm250 sebulan. 

Sekarang xda duit sbb sakit x mampu bekerja. Simpati melihat beras tinggal 3 genggam dan xda apa2 barang dapur sementara menunggu bantuan masuk d bsn pd 15hb, sedikit sj wang sy mampu hulurkan iaitu beberapa ringgit sahaja..mudah2an cukup beli beras & sedikit makanan yg lain.

Klu elaun murid khas mereka masuk pada November ini bolehla beli basikal. 4jam jln kaki dikurangkan kpd 1jam naik basikal.

Si ibu mengalami masalah mental dan sedang dirawat di hospital mesra bukit padang kota kinabalu. Selain jerry dan jaimin, mereka mempunyai seorang kakak yg tinggal di asrama smk matunggong kudat. Terdapat 3 rakan (jiran) menjadikan mereka 5 sekawan berjalan kaki berjam2 dari rumah utk ke sekolah berpanas, berhujan & melalui 1001 ancaman bahaya di hutan.

Jerry & Jaimin pernah mendapat sumbangan basikal terpakai tetapi impak perjalanan yg mencabar, basikal mereka rosak teruk dan tidak ekonomik utk dibaiki.

Atas permintaan ramai para dermawan, post ini saya kemaskini dengan memasukkan no akaun BSN Keluarga ini

Ribuan terima kasih atas kesudian tuan / puan menyumbang bantuan kewangan ke

akaun bsn jerry judin (1299129000037068), jaimin judin (1211841000122777) & ayah mereka judin sawakup (1299141000002414).






Untuk hubungi cikgu tue sendiri, klik sini.