t>

Breaking News

Wajah Sebenar Hackers Mesin ATM Didedahkan PDRM - Sebarkan!

Rupa2nya warga asing. Dipercayai dari Amerika latin.

Padan la terer. Macam pelik juga kalau ianya kepakaran anak tempatan. Rasanya orang kita belum masuk level tue lagi. 

Biasa. Perkara2 macam neh mesti dah practise dulu. Tengok boleh berjaya ataupun tidak. Agak2nya kat mana mereka practise ek. Tak sia2 letak CCTV kat setiap mesin ATM. CCTV secara rahsia pula tue.

Baru la wajah2 mereka dapat dikantoikan. Tapi kan. Macam tak logik plak dorang tatau setiap mesin ATM ada CCTV kecil yang tersembunyi. Punyala hebat sampai dapat cipta program hacking. Maksudnya jenis yang berfikir la. Otak cerdik. Takan tak cerdik tak gunakan wajah samaran untuk merompak?

Haha.

Wajah yang didedahkan oleh PDRM sebentar tadi ;




Point penting.

1. Pengodam2 ini menggodam mesin ATM yang melibatkan 3 jenis bank setakat ini iaitu ;

- Affin Bank

- Bank Islam

- Al Rajhi Bank

2. Mereka menggodam mesin ATM menggunakan sebuah cakera padat dengan cara memasukkan cakera padat ke dalam CD-ROM yang terdapat dalam mesin ATM tersebut. Buka slot mesin ATM untuk masukkan CD guna kunci biasa aje. Aku tak faham sangat kedudukan CD-ROM tue kat mana. Tapi yang penting ia boleh diakses dengan mudah oleh orang ramai la.

3. Apa yang berlaku ialah perpindahan virus yang dikenali sebagai virus ulssm.exe ke dalam komputering ATM dan mereka akan terima maklumat2 berkaitan melalui hp. Dari situ mereka akan keluarkan duit melalui panel ATM macam biasa.

Ini adalah kaedah hacking yang digunakan oleh mereka ;


Untuk rekod, duit pelanggan tak hilang. Seperti sebaran awam sebelum neh. Apa yang berlaku ialah duit kepunyaan bank yang hilang. Duit orang ramai tak terlibat langsung. Ini kerana mereka hacking sistem komputering ATM dan mengambil duit2 dari dalam mesin ATM ketika sistem telah dicerobohi. Haiya. Yang dok sebar2 duit orang hilang tue sebaran palsu rupanya. Aku pun terkena. Hantu betul la. 

3. 3 juta adalah anggaran kehilangan yang didedahkan oleh PDRM.

4. Pihak yang mempunyai maklumat berkenaan jenayah tersebut diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi  SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839", kata Datuk Seri Mortadza. 

Aku puji la dorang punya program. Hebat. Tapi sayang. Kehebatan mencipta program digunakan secara salah. Baik ko fikir macam mana nak kurangkan jenayah dan kembalikan keamanan kat dunia neh lagi bagus daripada buang masa dok godek2 komputer untuk buat jenayah. Hadoi ai. 

Artikel ini telah dikemaskini.