Langkah Hapuskan Azmin Bermula? - Ini Senarai Jawatan Pemimpin2 PKR YG Bertukar!
Andaikata Azmin bakal dijatuhkan sepertimana Khalid dijatuhkan oleh PKR, maka aku tatau nak kata apa dah.
Aku faham.
Situasi Azmin dan situasi Khalid berbeza.
Khalid ramai orang suka sebab amanah.
Azmin ramai orang meluat sebab ada terpalit beberapa skandal yang belum mendapat jawapan dan penyelesaian yang pasti (boleh buat orang ragu2 dan syak).
Boleh jadi jika langkah PKR singkirkan Khalid dibenci orang. Tapi belum tentu langkah PKR jatuhkan Azmin akan dikritik orang pula.
So, ada macam2 jangkaan yang mungkin berlaku.
Bila meneliti nama2 mereka yang mengetuai kepala pengarah pilihanraya, nampak sangat la bakal calon perlu favor kepada Anwar Ibrahim dan itu sudah pasti. Dan. Sedikit sebanyak aku rasa sedih. Kenapa Rafizi bukan pengarah tragedi lagi dah? Err silap. Pengarah strategi. Why? Why? Why? Frust kot aku.
Hihi.
Dan satu lagi. Jika jawatan2 dalam PKR boleh diswap sesuka ahti, maka apa gunanya pemilihan parti?
Apa perlu pengundian?
Ahli penat baling kerusi.
Alih2 jawatan ditukar2 ikut suka ahti.
Tak pelik ka?
Mohon geng2 PKR terasa. Tolong la terasa. Minta tolong sangat2 neh.
MUAHAHAH..
Btw. Dua hint aku nampak.
Rafizi. SUA - yang berkuasa sign dan cop watikah perlantikan bagi tiap2 calon yang bertanding dalam PRU akan datang.
Nurul dan Saifuddin ialah pemimpin yang berkuasa menentukan siapa yang layak bertanding mewakili parti bagi tiap2 kawasan yang PKR akan masuk bertanding pada PRU kelak.
So, lue fikirlah sendiri.
Dan aku syak, syak saja la. Bahawa langkah hapus Azmin, starts now.
Baca jap ;
Berikut lantikan baru dibuat PKR:
- Rafizi Ramli setiausaha agung
- Xavier Jeyakumar dan Darell Leiking dilantik naib presiden.
- Tan Yew Kew dilantik bendahari agung.
- Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pengarah-pengarah pilihan raya.
- Sim Tze Tzin mengambil alih tugas pengarah strategi.
- Fariz Musa dilantik ketua setiausaha pengelola.
- Fahmi Fadzil kekal pengarah komunikasi.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dilantik
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Rodziah Ismail
Amirudin Shari
Mohdak Ismail
N Surendran
Mustapha Sakmud
Ahli biro politik dilantik
Dr Syed Husin Ali
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Johari Abdul
Datuk Dr Mansor Othman
N Surendran
William Leong