t>

Breaking News

Permohonan Bantuan Zakat Ditolak Kerana Angkat Bendera PAS - Pengakuan Mahasiswa.


Nak tanya.

Orang2 BN aje ke yang bayar zakat kat negara neh? Ada pula bantuan zakat diagih ikut idelogi partisan. Nampak sangat salahguna kuasa. Apa2 pun tunggu je la penjelasan rasmi daripada MAIJ sendiri. Aku neh dah diblacklisted oleh MAIJ. Sapa yang kenal aku tahu la cerita sebenar dia. 

Tekanan kot. Tekanan. Silap2 mampos aku tak pasal2. 

MUAHAHA..

Baca ;

Isu pengagihan bantuan zakat kepada mahasiswa luar negara oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) terus dibangkitkan.

Terbaru, seorang pelajar di Mesir mengaitkan kegagalan beliau dan tiga lagi rakannya mendapatkan zakat dengan tindakan mereka mengangkat bendera PAS ketika pilihan raya umum ke-13 lalu.

Muhammad Syuaib Sangkrah mendakwa, bantuan zakat yang sepatutnya diterima mereka ditahan MAIJ walaupun memenuhi syarat ditetapkan.

“Gambar mengangkat bendera PAS itu telah dimuat naik ke laman media sosial sebagai tanda sokongan (pada parti Islam itu).

“Bagaimanapun ia telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tulisan dalam gambar tersebut telah disunting...,”katanya.

Beliau berkata, kapsyen baru menyampaikan mesej fitnah menggambarkan mereka menentang pemerintahan beraja di negeri itu.

Mangsa keadaan

Syuaib mendakwa, ekoran kejadian itu mereka kini menjadi mangsa keadaan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi MAIJ berhubung dakwaan itu.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebelum ini mendakwa pelajar negeri Johor ditanya soalan berkaitan pendirian politik dalam temuduga.

Suhaizan mendakwa lapan pelajar dikenal pasti ditanya sama ada mereka cenderung menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Suhaizan juga ditanya sama ada pemohon zakat cenderung memilih Umno, PAS atau PKR.

MAIJ pada 2 Oktober lalu menyangkal dakwaan beberapa orang pelajar Johor di Mesir yang mendakwa tidak mendapat bantuan zakat disebabkan pengurusan majlis itu tidak cekap.

Pembantu Hal Ehwal Islam MAIJ Raja Azhar Raja Ariff berkata, jika ada pelajar tidak menerima bantuan bermaksud mereka tidak memenuhi syarat kelayakan.