Beban Tugas Guru 2015 - KPM Dengarlah Rungutan Para Guru!
Selain cabaran kos sara hidup di malaysia bagi tahun 2015, kalangan guru di Malaysia mempunyai alasan dan sebab tersendiri merasakan.. tahun 2015 merupakan tahun yang membebankan buat mereka atas tiket hanya seorang guru tetapi bebas tugas guru untuk tahun 2015 sudah terhidang di hadapan mereka untuk “dijamah dan dihabiskan”.
Bersedia atau tidak, suka atau tidak, ia mesti diselesaikan.
Kalangan guru sudah mula menghantar aduan mengenai lambakan dan senarai beban tugas guru 2015 yang jumlahnya menjangkau 100 tugas berat buat mereka tidak lama sahaja lagi. Antaranya ialah :
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
- Mentor Mentee
- VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet)
- HRMIS (sistem maklumat sumber manusia)
Tugasan yang melampau dan terlalu banyak ini menyebabkan tugas guru yang hakiki iaitu menumpukan sepenuh tanggungjawab dan perhatian untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, anak-anak kita semua terpaksa dialihkan sedikit demi sedikit untuk menghabiskan tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada mereka termasuklah untuk ditunjukkan dan disajikan kepada orang di atas .
Ini kerana, guru-guru hanya mahukan dikembalikan semula tugas-tugas hakiki mereka. Utu sahaja…tidak lebih daripada itu.
Mengajar itu satu benda yang menyeronokkan. Jangan dibiarkan tangan-tangan yang hanya gemarkan pangkat dan ganjaran ini merosakkan sistem yang sudah sedia elok seperti mana yang digunapakai kalangan guru-guru veteran ini
Adalah lebih elok sekiranya, kerajaan Malaysia membayar gaji dan melantik pembantu guru gred N17 bagi membantu meringankan sedikit sebanyak beban tugas menjelang tahun 2015 dan seterusnya. Jikalau guru pra sekolah atau guru tadika atau guru PPKI pun ada pembantu, bila agaknya guru akademik akan menerima pembantu yang bakal melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran pendidikan?
Hari ini, tugas guru banyak dihabiskan menyediakan fail, menilik data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh.Jawatan guru yang sebenarnya adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Bukannya Pegawai Pengurusan Pendidikan
Dan inilah satu-satunya juga PEGAWAI KERAJAAN Gred 41 tiada penolong. Setuju?
Apa pendapat guru-guru pula? Ibu bapa?
KONGSIKAN & SEBARKAN...
Rujukan : sini