t>

Breaking News

Kisah Sebenar Wanita Malaysia Yang Dipenjara Seumur Hidup Kerana Mahu Berkahwin Dengan Militan IS.


Baca betul2.

Belum berkahwin. Hanya memasang niat mahu berkahwin. Tetapi perancangan itu digagalkan oleh kerajaan Malaysia apabila menahan wanita tersebut dari meneruskan niatnya.

Apa yang berlaku?

1. Seorang wanita bernama Ummi Khalsom yang berusia 25 tahun merancang keluar negara, TURKI untuk berkahwin dengan salah seorang anggota IS iaitu Aqif Huessin Rahaiza.

2. Dia kemudiannya ditangkap apabila cuba keluar negara menggunakan penerbangan AIRASIA.

3. Selepas itu PDRM mendakwa dia baru2 ini.

4. Sepanjang tempoh tahanan, dia TIDAK dibenarkan IKAT JAMIN kerana bagi kes yang melibatkan militan, keganasan ataupun aktiviti terrorism, undang2 di negara ini tidak membenarkan apa2 ikat jamin.

5. Ketika dia didakwa, pertuduhan dibacakan ke atasnya dan berikut adalah jenis-jenis hukuman yang dia akan menghadapi andaikata dia disabitkan dengan kesalahan. Untuk rekod, kesalahan dia kat sini ialah kerana mahu berkahwin dengan anggota militan IS. Pada anggapan PDRM, cuba berkahwin dengan militan IS bererti cuba menjadi anggota militan IS dan sedang memberikan sokongan kepada pergerakkan tersebut.

6. Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Maksudnya?  


Jika wanita tersebut didapati bersalah ke atas pertuduhan maka ;

- Risiko dipenjarakan seumur hidup atau ;

- Risiko dipenjarakan selama 30 tahun atau ;

- Denda atau ;

- Risiko harta benda dirampas 

Kalau gagal bayar denda, akan digantikan dengan hukuman penjara. Yang tue tak tau la macam mana nanti jalan cerita dia.

Sekarang. Kalau kita perhatikan jenis2 hukuman yang dia ber-risiko kena, memang kejam dan teruk. Kesalahan dia yang mahu berkahwin dengan militan IS dibaca sebagai menyokong pergerakkan tersebut. Which is memang begitulah sepatutnya. Kalau tak sokong militan, atas dasar apa nak berkahwin dengan mana2 anggota IS. Kan?

Oke. Sekarang ada 2 persoalan yang berlegar2 di media sosial.

Pertama. Apakah jenis hukuman itu berbaloi dengan kesalahan yang dia lakukan?

Pendapat aku.

- Tak berbaloi sebab perkara tue tak berlaku pun. Bukan dia dah kahwin. Dia belum kahwin dan masih berada di dalam negara neh. Sempat ditahan sebelum dia berlepas.

- Kalau pun dia memilih untuk berkahwin dengan anggota militan dan menyokong pergerakkan tersebut, pada aku itu hak dia. Cukup jangan bawa anasir tue dalam negara. Jika kau rasa kau nak kepada anasir tersebut, oke fine. Lantak ko la ko nak pergi kepadanya dan hidup dengan mereka. Cuma jangan bawa pengaruh tue dalam negara. Militan adalah militan. Kegiatan membunuh dan ganas bukan apart of ISLAM. Jihad masa kini dengan masa dahulu sangat berbeza. Jihad masa dulu, diri sendiri dah betul, negara sendiri dah betul baru p sibuk tawan negara lain atas nama menegakkan keadilan dan membebaskan masyarakat yang tertindas di bawah polisi pentadbiran kejam. Jihad masa sekarang ialah jihad propaganda, jihad manipulasi. Sepatutnya jihad menjadikan ISLAM lebih cantik, lebih disayangi. Tapi semakin ramai yang berjihad, semakin2 benci pula orang dengan ISLAM. Apa tue? Apa lagi kalau bukan propaganda barat untuk menampakkan ISLAM itu ganas lagi zalim lagi sadis dan perlu ditolak habis-habisan.

- Bila negara kita menahan wanita tersebut semata2 dia mahu berkahwin dengan anggota militan IS, negara kita telah menjadi begitu sangat penyibuk dalam hal2 privacy rakyatnya.

- Bercakap pasal jenayah, ada banyak penjenayah dalam dan luar negara. Adakah mana2 pihak yang mahu berkahwin dengan mana2 anggota penjenayah atau militan merupakan satu kesalahan di negara neh? PDRM patut keluarkan satu garis panduan yang jelas apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat supaya rakyat faham had mereka.

Kedua. Kenapa MP (especially pembangkang) tak bahaskan perkara ini?

Pendapat aku.

- MP pembangkang dan kerajaan tidak mahu diperlihatkan condong menyokong militan IS.

- IS ialah kumpulan militan ISLAM yang ganas dan suka membunuh. Ada banyak pecahan fahaman berkaitan IS. Ada yang kata ia propaganda barat. IS adalah ciptaan US dan ISRAEL. Ada yang cakap perjuangan IS tue betul. Propaganda barat ialah dengan menyebarkan berita2 palsu dan rakaman2 palsu yang menyamar sebagai IS. So. Kita terkeliru dengan begitu banyak berita2 yang berbeza antara satu sama lain di antara mereka sehinggakan yang mana satu asli, yang mana satu fitnah pun kita gagal nak tentukan. Bila dah jadi macam tue, better amek jalan tengah. Tak sokong dan jadi pemerhati sehingga kita jelas dengan keadaan sebenar.

- Jadi tak aneh la kenapa kes begini tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari peguam2 pro PAKATAN RAKYAT.

- Untuk rekod, Ummi Khalsom tidak diwakili oleh mana2 anak guam. Dan sepanjang ditahan, dia tidak membuat apa2 pengakuan. Baik menafi atau mengiyakan.

Tapi. Siyes aku cakap. Ada jalan lain untuk Ummi Khalsom. Apabila kita sokong hak dia untuk diringankan hukuman ataupun bebas berkahwin dengan sesiapa saja, ia tidak bermaksud kita sokong militan IS.

Aku harap dia bebas dan diberikan hak untuk hidup seperti mana yang dia inginkan. After all, yang nak kahwin dia. Kenapa kerajaan kita busy body sangat dalam menentukan siapa yang patut jadi pasangan hidup kita, betul tak?

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.