Zahid Haramkan Semua Kumpulan YG Kempen Bawa Keluar Sabah & Sarawak Dari Malaysia.
Suami isteri yang berkahwin pun boleh bercerai. Ini kan pula setakat dokumen penyatuan yang tentu takan kekal buat selamanya. Yang hidup akan mati. Dunia pun ada pengakhiran melalui kiamat. Siapa UMNO dan Zahid Hamidi untuk memaksa orang2 Sabah dan Sarawak bersama semenanjung Malaysia buat selamanya?
Betul?
Kalau tak terima, hujahkan. Bincang. Berforum dan berdiskusi la. Buktikan kenapa Sabah dan Sarawak lebih baik bersama Malaysia bukan tanpa Malaysia. Ugut. Haramkan. Takutkan orang dengan undang2 sebenarnya adalah tindakan keji.
Sebenarnya. Dah lama aku perhatikan.
Aku perhatikan mereka ada beberapa kumpulan2 dan ada beberapa sebab.
1. Ada kumpulan yang percaya dengan pembebasan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, kebajikan mereka lebih terjamin, keadilan yang lebih baik untuk mereka, kemajuan dan keterbukaan untuk rakyat.
2. Ada kumpulan yang percaya pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia akan membuatkan kedua2 negeri itu lebih stabil dari segi ekonomi dan keselamatan. Masalah IC. Masalah pati. Pengagihan pendapatan melalui petroleum yang lebih adil. Semenanjung takan merompak lagi hasil Sabah dan Sarawak dan melakukan pembangunan berat sebelah.
3. Ada pula kumpulan yang sengaja melakukan provokasi dan propaganda bagi menakutk2kan kerajaan negeri dan kerajaan pusat supaya kelaknya nanti mereka akan lebih menumpukan kepada memberi kebajikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Bukan nak keluar betul2 pun. Just acah2 buat gempak.
4. Mungkin ada kumpulan yang didalangi oleh sesetengah pihak agar melakukan provokasi keluar Malaysia bagi mencapai sesuatu tujuan seperti kuasa dan pemerintahan. Yela. Kalau Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia, mesti la ada pihak2 yang akan untung dan diangkat jadi pemimpin untuk mentadbir kedua2 negeri tersebut kan.
5. Ada kumpulan rakyat yang benar2 ikhlas nak keluar dari Malaysia dan merasakan penyatuan dengan semenanjung hanyalah merugikan mereka. Mereka rasa Sabahan % Sarawakian patut diberikan kuasa untuk tadbir sendiri negeri2 mereka dan bukannya ikut telunjuk BN.
Sejujurnya. Aku dah lama tinggalkan pemikiran berborder, bersempadan ataupun bernegara neh. Aku dilahirkan bukan atas rahmat negara dan bila mati kelak, negara juga takan membantu aku ke mana2.
Tapi aku percaya pada konsep agama dan percaya bahawa kita akan dinilai berdasarkan baik atau buruk.
Agama yang aku anuti menyeru kepada kebaikan, keadilan dan kebajikan. Jadi. Apa2 perkara yang membawa kepada konsep di atas adalah sesuatu yang aku akan dan mahu belajar untuk cuba sokong dan setuju.
Bagi aku. Jika terkeluarnya Sabah dan Sarawak dari Malaysia akan membuatkan Sabah dan Sarawak lebih baik dari keadaan sekarang, maka aku akan sokong.
Tapi. Bagi aku. Orang2 Sabah dan Sarawak perlu belajar kenalpasti bahawa mereka perlu jatuhkan terlebih dahulu pemimpin2 tak guna macam pemerintahan Taib Mahmud (TYT) dan BN di negeri2 mereka setiap kali PRN diadakan, maka mereka boleh ditakrifkan sebagai matang dan bijak dalam membuat keputusan berkaitan politik. Tapi. Kalau tiap2 kali PRN dan PRU, BN masih menang besar. Korang menjadi fix deposit bagi BN untuk memastikan mereka kekal berkuasa di Malaysia, maka tak payah sibuk2 nak keluar Malaysia. Sedang dalam skala kecil pun kau tak mampu nak tukar pentadbiran negeri kau dan kau sedang bercakap tentang skala besar (pentadbiran penuh sebagai sebuah negara)?
Usah berangan la woi.
Bentuk dulu kefahaman politik yang betul supaya orang2 Sabah dan Sarawak faham apa itu sistem pengundian dan bagaimana mereka boleh berperanan membawa negeri mereka ke arah yang baik atau sebaliknya.
Orang semenanjung sudah lama tinggalkan BN. Tak payah kempen keluar dari Malaysia. Kami hanya kempen tinggalkan BN. Apa guna keluar dari Malaysia kalau akhirnya yang memerintah korang ialah spesis yang sama macam BN juga nanti? Keluar atau tak keluar tetap la tertindas.
Betul?
Taib pun lue orang tak boleh lawan. Dari KM kepada TYT. Nak sembang bab keluar Malaysia dan berangan dapat hidup di bawah pentadbiran yang lebih baik? Jangan2 dipergunakan untuk membolehkan orang lain plak rompak harta kekayaan negeri2 Sabah dan Sarawak je la kot.
Lue fikirlah sendiri.