t>

Breaking News

2 Harimau Disahkan Terlepas, Zoo Taiping Tiada Respon.


2 harimau dilaporkan telah terlepas dari kawalan zoo Taiping dan The Night Safari seperti yang dilaporkan oleh Awani sebentar tadi. Sumber memaklumkan bahawa kejadian 2 ekor harimau yang terlepas dari kepungan itu berlaku pada pagi tadi.

Salah seekor dari harimau yang terlepas telah berjaya ditangkap semula oleh pasukan penyelamat (pasukan penenang) namun seekor darinya masih belum berjaya ditangkap semula setakat ini.

Ketika ini pihak Zoo Taiping enggan tampil menjelaskan keadaan dan laporan yang tersebar. Mereka masih berdiam diri dari menjawab panggilan dan pertanyaan dari pelbagai pihak media arus perdana.