500 Terperangkap Di Pusat Pemindahan Banjir YG Juga Banjir & Pasukan Penyelamat Kini Buntu.
Do something la. Nyawa orang awam seramai 500 orang dengan nyawa pasukan penyelamat kita dalam bahaya.
Lihat gambar ;
Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah itu, lapor Berita Harian.
Sekolah berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan semua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi semua mangsa tidak mampu dipindahkan ke tempat lain kerana tiada lokasi selamat.
"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan semua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.
"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya, seperti dilaporkan versi online akhbar itu.
Sementara itu, saksi mendakwa banjir yang melanda Kuala Krai kali ini paling buruk dalam sejarah daerah itu apabila keseluruhan bandar tenggelam.
"Ada yang terpaksa lari ke bukit untuk menyelamatkan diri," kata Che Ibrahim Mohamad yang menguruskan bantuan untuk mangsa banjir di Kelantan.
Seorang saksi berkata, banjir yang bermula di hulu sungai Kelantan kini mula memasuki bandar Kota Baru.
"Saya jangka ia akan memenuhi pusat bandar tidak lama lagi," katanya yang menyalahkan penggondolan hutan di hulu Kelantan antara punca banjir besar kali ini.
Ini kerana, air banjir berwarna keruh umpama teh tarik pekat sedang memasuki Kota Baru sekarang.
Sehingga kini, Zainal Abidin Husein yang tinggal di Kota Baru berkata semua bandar yang dilalui Sungai Kelantan mengalami banjir bermula di Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah. – TMI