Bela Arwah Nenek - Maut Selepas Dibelasah 6 Orang.
Hal kecik saja. Hal kecik pun mao saling belasah membelasahan sehingga mengakibatkan kematian seseorang. Apa la nak jadi dengan masyarakat kita. Pengurusan emosi dan rasa marah yang kelaut. Sekarang nak menyesal pun tak guna. Anak orang mati dah woi.
Menurut laporan di atas ;
1. Remaja tersebut bernama Mohd Farhan Asmera.
2. Berusia 18 tahun. Hak ala. Muda lagi. Young but not dangerous pun.
3. Dibelasah oleh 6 lelaki yang bersaudara antara satu sama lain.
4. Mangsa bekerja sebagai juruwang bagi meringankan beban keluarga dan membantu bapanya untuk mencari rezeki selepas tamat persekolahan menengah.
5. Main futsal, bergaduh. Menurut siasatan awal polis, pergaduhan berpunca dari suspect (yang membelasah) yang mengejek dan menyindir mangsa atas kematian neneknya. Maksudnya. Yang si belasah tue sindir nenek mangsa yang dah meninggal dunia. Dia yang sindir, dia lak marah lalu bunuh anak orang (walau tanpa niat). Gila betul la. Tapi polis masih melakukan siasatan lanjut bagi mengesahkan punca kejadian. Kalau betul itula faktanya, memang sah bangang 6 orang yang belasah arwah Farhan.
6. Menurut polis lagi, 6 lelaki ditahan termasuk seseorang yang berusia 43 tahun. Hak ala. 43 tahun pun takde akai. Usia suspect2 yang ditahan berusia antara 14 hingga 43 tahun.
7. Patutnya. Umur dah 43 tahun. Cerdik. Matang. Ajar remaja2 tersebut selesaikan masalah gunakan jalan diplomasi. Bukan belasah anak orang sampai mati.
8. Kes neh buat aku tertarik sebab aku nak masyarakat jadikan ianya iktibar. Bukan anak dia jek. Bahkan anak kita atau anak sesiapa saja boleh jadi anak2 mangsa jiran atau anak2 kita boleh terbunuh anak2 jiran jika kita tak didik anak2 kita untuk uruskan emosi marah dengan betul.
Kalau ada apa2 masalah. Tak puas ahti. Belasah. Pukul. Atau apa. Tak boleh selesaikan masalah. Ejek balas ejek. Dia ejek, kau ejek. Dah settle.
Kalau dia ejek2 kau malas dengar, kau blah dari lokasi.
Tapi bagaimanapun, kes neh unik sikit. Sudah la mangsa yang kena sindir. Kena ejek. Mangsa plak yang mati akibat dibelasah. Alahai. Kesiannya. Kalau ikut undang2 Islam. 6 orang tue tunggu hari mati je patutnya. Nyawa dibalas nyawa tau.
Bai.