t>

Breaking News

DAP Dedahkan Punca Sebenar Kenapa Mereka Tuntut Jawatan Timbalan Speaker II Di Selangor.


Persepsi orang ramai, DAP gila kuasa. Sibuk nak bergaduh pasal jawatan pula. Bagi men-nyahkan persepsi tersebut, DAP tampil membuat kenyataan balas.

Kalau diperhatikan alasan yang menyebabkan DAP menuntut jawatan tersebut adalah kerana ;

- Ia dijanjikan oleh majlis pimpinan PR itu sendiri kepada parti tersebut.

- Atas jasa mereka tidak berbolak balik dengan menyokong segala keputusan yang dilakukan oleh PKR dalam menanggani krisis MB Selangor.

- Lagipun. PKR dapat jawatan MB. Dapat tambahkan bilangan exco. DAP dapat apa? At least DAP pun kena dapat something la juga in return selepas kena kritik teruk2 oleh pelbagai pihak selama neh baru la dianggap berbaloi.

Macam hadiah la juga.

Tapi DAP neh macam takda maruah pun ya juga.

Takan murah sangat harga DAP. Demi satu jawatan, sanggup menghilangkan kepercayaan orang ramai terutamanya muslim terhadap intergriti parti DAP.

Berbaloi kah?

Adakah DAP yakin mereka boleh hidup hanya dengan undi kaum cina?

Berapa lama agaknya kaum cina akan setia mengundi DAP? Pernah fikir?

Berikut adalah jawapan penuh yang dinyatakan oleh DAP.


ADUN DAP Ng Suee Lim berkata, DAP akan tetap meminta jawatan timbalan speaker kedua daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana, beliau berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini pernah menjanjikan jawatan itu kepada DAP.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut bersama Azmin.

"Ya (Majlis Pimpinan Pakatan janji jawatan timbalan speaker). Bagi dia (Tony) bincang dululah.

“Kita tengok macam mana. Kita akan bincang dalam keadaan yang baik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam.

"Semasa tamatnya kemelut menteri besar, Majlis Pimpinan Pakatan telah bersetuju untuk melantik satu lagi timbalan speaker.


Ng berkata, untuk melantik timbalan speaker baru hanya memerlukan pindaan dalam enakmen sahaja selepas persetujuan dicapai di kalangan komponen Pakatan.

'PKR dapat MB, tambah exco'

Beliau menegaskan, sejak kemelut menteri besar Selangor yang lalu, DAP tetap dengan pendirian untuk bersama dengan Pakatan.

“Kita tidak berganjak pendirian kita. Tetap istiqamah walaupun kita diserang pelbagai pihak.

"Persoalan sekarang ialah kenapa PKR boleh dapat menteri besar, tambah exco. Itu persoalan yang timbul," katanya lagi.

Ditanya bilakah pertemuan bersama Azmin akan dibuat bagi membincangkan perkara itu, Ng berkata ia akan dibuat dalam masa terdekat. "Selepas ini, mungkin selepas sidang DUN," katanya lagi.

Semalam, Tony berkata, DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan selepas ia dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN sebelum ini.

Tony menyatakan hasrat parti itu dalam konvensyen DAP Selangor semalam. -Mkini-