Gambar2 Banjir Paling Teruk Dalam Sejarah Negara Untuk Renungan Kita Semua.
Jika sebelum neh 4 negeri terjejas angkara banjir kini 4 negeri lain bakal berhadapan dengan situasi yang sama.
Perlis.
Kedah.
Perak.
Pahang.
Johor.
Terengganu.
Kelantan.
N9.
Paras air sungai di Melaka dilaporkan meningkat.
Air juga naik di beberapa lokasi sekitar Selangor dan KL ketika hujan tidak henti2.
Sebelum neh rakyat Malaysia mengadu tentang keadaan cuaca yang panas dan kekurangan air disebabkan kekurangan hujan. Bahkan paras air di beberapa empangan turut susut.
Dan sekarang neh, bukan setakat paras air di empangan sudah penuh sehingga air di empangan terpaksa dilepaskan, bahkan paras air di beberapa sungai telah melimpah ke jalanan sehingga mengakibatkan banjir di beberapa buah negeri.
Apa iktibarnya buat kita disini?
Mari kita bersama2 mengkajinya sambil memerhatikan gambar2 keadaan banjir yang masih berlarutan setakat hari ini dengan jumlah yang menjadi mangsa banjir terus meningkat apabila Johor, Perlis dan Kedah memasuki senarai mangsa banjir yang terkini ketika ini.
Selain dari gambar2 banjir, kita juga akan berkongsikan gambar2 yang menunjukkan bagaimana media sosial menjadi antara medium terpenting bagi mangsa2 banjir mendapatkan bantuan dan pertolongan.
Saksikanlah.
Gambar2 mangsa banjir menggunakan media sosial untuk mendapatkan bantuan dan tujuan sebaran agar bantuan sampai kepada mereka.
Untuk rekod, maklumat yang aku terima dari aktivis R memaklumkan yang mereka terima banyak permintaan bagi membantu mangsa banjir yang keciciran. Ada yang tertinggal dari dibantu dan ada yang bantuan sampai tidak tiba di tempat mereka. Yang kelaparan, yang terperangkap dan yang terkurung di pelbagai lokasi.
Dan, berikut kat bawah ialah beberapa gambar yang paling viral di media sosial dan mendapat perhatian ramai dari segi jumlah LIKES, SHARE, COMMENT dan perhatian ramai pihak di internet.
Gambar pertama merujuk kepada situasi yang dihadapi oleh 500 mangsa banjir yang terperangkap di sekolah menengah Manek Urai. Mereka berada di tingkat 4 ketika gambar ini diambil apabila paras air banjir semakin naik.
Gambar kedua merujuk kepada seorang pengguna media sosial yang menghina rumah yang terjejas angkara banjir. Individu tersebut dikecam dan gambarnya viral di laman sosial.
Gambar ketiga merujuk kepada pemandangan dari sisi atas di sekitar Manek Urai, Kelantan yang tenggelam akibat musibah banjir.
Gambar keempat merujuk kepada askar yang menghantar bantuan di sebuah sekolah di Kuala Krai yang mana 500 mangsa banjir terperangkap disitu selama 3 hari tanpa bekalan yang mencukupi.
Gambar kelima merujuk kepada pemandangan terkini di lokasi yang terjejas banjir sekitar Kelantan (semalam) dari atas pesawat.
Gambar keenam merujuk kepada sultan Kelantan yang turun padang tanpa berkasut bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.
Gambar ketujuh merujuk kepada kumpulan mangsa banjir yang terperangkap di atas bukit selama 48 jam.
Gambar kelapan merujuk kepada menteri Shabery Cheek yang dilaporkan berada di lokasi banjir selama beberapa hari bagi membantu mangsa banjir. Gambar menteri mendokong seorang warga emas mendapat pujian penyokong BN dan viral di laman sosial.
Gambar kesembilan merujuk kepada pasangan pengantin baru yang meneruskan pernikahan meskipun menghadapi musibah banjir.
Gambar kesepuluh merujuk kepada mangsa banjir yang berselfie dengan caption 'Takan nak sedih sentiasa setiap kali banjir'.
Gambar kesebelas merujuk kepada kedudukan motor di atas bumbung yang menjadi tanda tanya ramai pihak.
Fuhh. Artikel yang sarat dengan gambar. Moga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari musibah yang melanda ini.
Bai.