Gambar2 Pesawat Air Asia Patah Balik Kerana Penumpang Mengamuk.
Tak pasal2 kena simbah dengan air panas disebabkan sepasangan kekasih mengamuk kerana disuruh duduk secara berasingan dalam sebuah penerbangan AIRASIA. Yang kesian tue kat pramugari yang menjadi mangsa.
Kalau nak tukar tempat duduk, cakap la elok2. Ini tidak.
Sorang simbah air panas.
Sorang ugut nak bunuh diri.
Lepas tue ugut nak letupkan kapal terbang.
Ha Ha Ha
Dorang neh sawan ke apa.
Padan la jadi kekasih.. Tapi kan. Satu benda yang aku perasan menerusi gambar2 yang tersebar. Kau boleh tengok orang ramai berlumba2 tangkap gambar dan rakam kejadian kemudian berlumba2 pula sebarkan di internet.. masing2 sibuk jadi wartawan..
Nampak?
Nampakk?
Haha..
Gambar2 kejadian ;
Gambar pertama merujuk kepada gambar pramugari yang disimbah dengan air panas yang sedang mengelegak. Air panas tersebut disimbah ke atas muka pramugari tersebut.
Sebuah pesawat sewa khas AirAsia Thai (TAA) menuju ke Nanjing, China, terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang di Thailand selepas seorang penumpang wanita China melemparkan air panas menggelegak pada seorang pembantu penerbangan, kata laporan media.
Dalam kejadian Khamis itu, teman lelaki wanita itu juga mengancam meletupkan pesawat itu manakala wanita itu memberitahu penumpang lain dia mahu membunuh diri, lapor Bangkok Post, memetik Charles Liu yang menulis di blog Nanfang Insider pada hari Jumaat.
Menurut laporan itu, pasangan itu, yang merupakan sebahagian rombongan pelancong dari China, mulanya marah apabila mereka mendapati tempat duduk mereka ditetapkan tidak bersebelahan sebaliknya mengikut abjad.
Atendan penerbangan akhirnya menempatkan mereka bersebelahan tetapi pasangan itu masih membuat bantahan dengan kuat, menurut posting oleh Liu.
Pada malamnya, wanita itu membeli mi segera dalam penerbangan itu dan meminta air panas. Apabila atendan membawa air panas, wanita itu melemparkan ke mukanya, lapor The Washington Post.
Teman lelaki wanita itu kemudian berdiri di kabin dan mengancam mengebom pesawat.
The Bangkok Post berkata, kekacauan tercetus dan penumpang mendakwa garfu digunakan sebelum pasangan itu akhirnya tenang berikutan campurtangan penumpang lain.
Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, kejadian itu memaksa kapten berpatah balik ke Don Mueang dan pasangan ini diminta turun.
Syarikat penerbangan itu berkata polis kemudiannya membawa pasangan dan dua rakan mereka ke balai polis Don Mueang di mana mereka menyelesaikan pertikaian itu dengan pramugari dan kapten.
Jurucakap TAA berkata, wanita China itu dibenar meninggalkan Thailand dalam penerbangan TAA kembali ke Nanjing selepas dia bersetuju untuk membayar sejumlah wang sebagai pampasan kepada anak kapal yang terjejas, namun tidak cedera parah itu.
Mereka berada di atas kapal Thai AirAsia penerbangan FD 9101 menuju Nanjing yang berlepas pada jam 05:55 pada hari Khamis dengan 174 penumpang dan empat anak kapal, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
The Bangkok Post berkata, kejadian melibatkan pelancong China mendorong Beijing mengeluarkan garis panduan mengenai kelakuan semasa di luar negara.
Pada 2013, Agensi Pelancongan Kebangsaan China mengeluarkan panduan setebal 64 muka bagaimana rakyat negara itu harus berkelakuan apabila melancong ke luar negara.
Panduan itu antaranya berkata mereka tidak patut mengorek hidung di khalayak ramai atau tidak kencing dalam bekas, menurut AFP. - TMI