t>

Breaking News

Ibu Mengandung Redah Arus Akibat Banjir - Mana Pasukan Penyelamat?



Ini baru satu kes. Yang kita diberitahu. Bagaimana pula dengan kes2 lain yang kita tidak tahu? Bukan kah tahun lepas ketika berlaku banjir di Pahang, kerajaan kita telah berjanji akan menambahbaikkan sistem bantuan ketika banjir?

Pasukan penyelamat akan ditambah.
Kemudahan ketika banjir di pusat penempatan akan ditambahbaik.
Makanan akan dipastikan berkhasiat dan mencukupi.
Ibu2 akan diberikan keutamaan dari segi privacy.
Bekalan air bersih tidak akan dibiarkan terputus disamping tahap keselamatan mangsa banjir akan diutamakan.

Wohooo..

Nampaknya. Apa yang berlaku ke atas si ibu yang sedang sarat mengandung neh jauh meleset. Disebabkan dia berani tempuh arus, berjalan sehingga 1KM jauhnya, membawa anak yang masih kecil dengan keadaan perut yang membuncit, maka dapatlah dia selamatkan diri.

Kenapa bantuan tidak sampai kepadanya? Dan berapa ramai lagi agaknya yang menjadi mangsa seperti dia?

Mohon. Kerajaan tambahkan pasukan penyelamat. Kita tahu kerja2 menyelamatkan pasukan banjir neh sukar dan bukan mudah. Jadi, ada baiknya jika kerajaan tambahkan pasukan bantuan untuk meninjau ke semua lokasi2 banjir yang terkesan dan terjejas ketika ini. Aku tak fikir pasukan penyelamat tidak mahu pergi kepada wanita tersebut.. aku fikir apa yang berlaku ialah mereka kekurangan ahli pasukan sukarelawan banjir. Sebab tue kerajaan kena peka dan tambahkan pasukan penyelamat agar bantuan dapat tiba kepada semua kawasan.

---------

Seorang wanita sarat mengandung nekad mengharungi banjir bersama anaknya selepas rumahnya di Kampung Kedap, Rantau Panjang dinaiki air pada Khamis lepas.
    
Menceritakan kembali detik-detik cemas, Norasmawati Wahab, 27, berkata beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengharung banjir paras paha untuk ke kawasan yang lebih selamat sambil mendukung anaknya Mohd Danish Ashraf Mizi yang berusia dua tahun. 
    
Tidak lama selepas itu, beliau dan anaknya dapat menumpang sebuah perahu orang awam yang kebetulan lalu di situ sehingga ke jalan raya. 
    
Dari situ beliau terus meredah air di jalan raya kira-kira satu kilometer sambil mendukung anaknya, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di Pasir Mas semalam.
 
Norasmawati berkata semasa kejadian suaminya Mizi Abdul Rahman, 32, bekerja di luar Kelantan dan tidak dapat pulang.
    
"Memang ini pengalaman paling menakutkan. Saya takut apa-apa terjadi kepada kandungan saya kerana saya memang dah sarat masa itu, dan ada satu ketika kaki saya kejang. 
    
"Alhamdulilah, saya selamat... ketika saya tiba di pusat pemindahan SK Rantau Panjang 2, anggota bomba kemudian memindahkan saya ke SK Gual Tinggi untuk mendapat rawatan," katanya. 
 
Selepas empat hari berada di pusat pemindahan, Norasmawati melahirkan anak keduanya - bayi lelaki seberat 3.3kg pada pukul 11 malam semalam (21 Disember), di Hospital Lati di Pasir Mas.    
    
Beliau, yang menyifatkan banjir kali ini paling buruk, berterima kasih dengan orang-orang yang banyak membantunya.
    
Norasmawati kini berpantang di Pusat Pemindahan SK Gual Tinggi.