t>

Breaking News

Iklan2 D'herbs Yang Buat Orang Meluat.

Aku tatau la samada DHERBS neh perasan atau tak perasan atau buat2 tak perasan atau apa tapi siyes la. Iklan2 dia buat orang meluat kot.

Pernah satu ketika. Aku ke pasaraya Giant. Lalu depan kioks. Kioks tue ada jual macam2 ubat, jamu segala. Dan kat depan kioks tue dorang letak macam satu banner yang memaparkan iklan D'herbs terlajak laris. Iklan yang mengatakan betapa miangnya wanita tue sebab dapat kepuasan beromen.

Di tulis dalam bahasa melayu.
Bahasa yang cukup mudah dibaca dan difahami anak2.
Kalau lalu kat depan kioks macam tue, dan anak2 yang dah boleh membaca, then mereka membaca, kau rasa apa?

Nak2. Kalau ko ada anak yang kerjanya asyik mengeja aje setiap patah2 perkataan yang dia jumpa akibat baru belajar membaca. Apa kau rasa kalau anak2 kau tue pergi baca banner2 iklan macam tue?

Tak rasa ke nak bakar banner tue ataupun nak terajang D'herbs sebarang dua kaki?

Dan yang aku pelik. Kenapa sampai sekarang iklan2 gila sebegitu masih tersiar secara meluas di beberapa majalah dan akhbar.

Contoh. Yang aku dapat dari blog Cursingmalay.





Perempuan2 dan lelaki2 dalam gambar neh tak sedar ke yang gambar2 dorang digunakan untuk mempromosi sejenis product yang berasaskan seks?

Dorang tak baca ke ayat2 iklan yang digunakan yang mengambarkan betapa teruknya masalah seks yang dihadapi sehingga perlu menceritakan kepada orang ramai secara terbuka menerusi iklan?

Cuba tengok gambar kedua. Suami saya sangat puas ahti dan boleh tidur lena sekarang dan gambar yang digunakan ialah gambar dia tengah tidur.

Apa tue?

Abang kata saya semakin mantap?

Nak bagitau orang dulu kau tak mantap sangat ke apa?

Lihatlah muka abang neh.. tersenyum blablabala.. maklumla awet muda dan mantap blablabla tak macam sebelum neh blablaba cepat beli blablabla hangat.. blablabla..

Ayat2 tue je dah terang2 bagitau yang kau dulu seorang wanita yang teruk dalam beromen (sorry la aku terlajak jujur jek neh) dan disebabkan product tue laki kau dah suka nak beromen dengan kau.

Korang tak perasan ke iklan2 D'herbs neh sebenarnya macam gampang dan patut diban disebabkan terlalu open sangat menceritakan masalah rumahtangga kat public?

Tak boleh ke kau jual je product tue tanpa menstorykan kisah hubungan rumah tangga. Aku tatau la. Tak malu gamaknya wajah2 wanita dan lelaki dalam iklan2 seperti di atas di jaja ke se merata Malaysia dan orang tahu mereka2 neh pernah ada masalah seksual.. apa agaknya yang sedara mara dorang rasa ek.. fuhhh seram. Kalau ada anak.. dan anak2 plak jenis yang dah boleh baca, dan terbaca kisah mak bapak depa kat paper di ruangan iklan.. lagi la aku tatau apa anak2 mereka bakal fikir.. seram la juga kot gamaknya.

Haha.