t>

Breaking News

Inila Komen2 Wanita Malaysia Yang Mengutuk Awek Charyl (Pemain No 7 Thailand) Hodoh Sangat.

Meroyan aku dibuatnya. Aku telah diprovokasi untuk mengumpat perempuan2 sewel setelah membaca komen2 sewel di instagram Charyl Chappuis. Sapa si mangkok ayon Charyl neh? Sebenarnya. Aku ada nampak juga kelibat dia neh sikit2 bila terbaca berita2 berkaitan sukan atau sewaktu dengannya. Tapi aku tidak mengendahkan kewujudan dia sebab dia tak pernah penting dalam kehidupan aku. Untuk rekod. Aku tak tengok pun perlawanan first Thailand VS Malaysia. Aku suka debaran saat akhir. So aku memang saja taknak tengok. Nak tunggu yang last yang betul2 last punya.

Ya. Aku baru menerima maklumat bahawa terdapat perempuan2 sewel di Malaysia yang mula meminati dia kerana kekacakkan dia. Kacak? Oke. Aku sangat bertoleransi dengan citarasa manusia. Jika, ada, di antara kita mahu menganggap dia kacak, lantak kau la. Walaupun aku tak faham sepatah haram apa yang dikatakan kacak itu bila melihat wajah si malaon Charyl neh tadinya.

Ketika sedang sibuk mengumpul pahala disebabkan pahala aku sekarang dah kurang kat bank pahala akibat terlalu banyak mengumpat PAS sejak akhir2nya neh sewaktu mendengar kuliah agama di tv Alhijrah tadi, aku telah satu menerima notification dan selepas membaca notification tersebut, aku dengan sengajanya membiarkan syaitan menghasut aku agar aku hilang focus terhadap kuliah agama tersebut. 

Nampak tak? Nampakk?

Rupa2nya. Ketika ini. Wanita2 sewel di Malaysia sedang bercakaran dengan rakyat Malaysia yang lain demi Charyl. Ia berpecah kepada beberapa kelompok.

Kelompok pertama. Kelompok wanita sewel yang tiba2 memujai, menyukai dan jatuh cinta pandang pertama akibat gatal merenyam nak beromen dengan Charly selepas tengok dia bermain bola pada perlawanan akhir pertama piala AFF menentang Malaysia yang menyaksikan Malaysia ketinggalan 2 mata dalam perlawanan tersebut.

Kelompok kedua. Kelompok yang tiba2 merasakan malu disebabkan tingkahlaku wanita2 sewel tersebut yang mengutuk kekasih Charyl di laman instagram dia. Dan kelompok2 ini mula meminta maaf kepada Charyl disebabkan geli geleman melihat aksi wanita2 sewel tersebut.

Kelompok ketiga. Ia merujuk kepada kelompok macam aku yang tiba2 rasa sentap akibat diprovokasi oleh wanita2 sewel itu dan terpanggil nak mengumpat perlakuan mereka secara online menerusi blog.

Kelompok pertama tadinya tue. Selepas jatuh cinta melihat malaon Charyl di kaca TV, mereka laju2 pergi stalk instagram dia dan berhasil menemukan gambar awek si Charyl. Lantas. Sifat kedengkian dan bajet lawa yang menguasai diri mereka, akhirnya membuatkan mereka bajet cool dengan mengutuk rupa paras kekasih orang kat laman peribadi Charyl tersebut.

Inila antara komen2 wanita sewel yang aku sempat screenshot tadi ;

 



 


 


Wanita2 sewel kat atas neh bajet lawa dengan menggunakan 360. Dan tahu kah anda salah seorang pengomen di atas berusia 12 tahun pun ada? Tolong la jangan sesekali bagi aku kenal bapak budak tue atau mak budak tue. Sebab kalau aku kenal aku akan laju2 screenshot komen anak dia neh dan mengumpat tingkahlaku anak dia kat mak bapak dia dan berharap selepas mak bapak dia mendengar umpatan aku mereka akan laju2 balik rumah cuci tangan bersih2 dan lempang muka anak dia laju2 sebanyak 10 kali atas tujuan memberikan satu kesedaran kepada anaknya yang aku syak menghidapi penyakit sawan instagram.

Dan. Tak kurang juga komen2 sewel yang terbit untuk mengutuk wanita2 sewel di atas. Antara komen2 sewel yang aku baca ialah mengatakan kafir tepuk tangan je tengok bergaduh macam neh. Dia bukan troll oke. Seriyus sungguh dia taip macam tue aku tengok. Kafir pada ayat dia tue bermaksud dia tujukan pada non muslim la.

Hello kawan. Kafir kat dunia neh ada banyak tau. Umat Islam kat dunia neh pun ada banyak tau. Kau ingat umat Islam yang bergaduh antara satu sama lain neh wujud kat Malaysia aje ke? Bersepah kat mana2 negara tau. Apa jadah nya kafir nak tepuk tangan sekarang tengok korang semua saling bergaduh? Kau ingat kafir2 tue takde kerja ke? 

Woii.. woiii kafir-kafir sekalian alam.. ini ada maklumat kat negara A, umat islam B bergaduh dengan umat islam C, kita kena berhenti dari buat apa2 kerja sekarang dan perlu prepare untuk tepuk tangan faham semua.

Diterima. Roger and out. Sekarang tepuk tangan. Clap clap clap. 

Kau ingat kafir2 neh semua ada masa ke nak buat kerja2 bangang macam kau fikirkan dalam otak kau tue? Hak ala. Umat islam gaduh dengan umat islam yang kau pergi heret kafir tue buat apa bodoh. Kalau nak kena tepuk tangan setiap kali umat Islam bergaduh sesama sendiri aku ingat kafir pun surrender jadi kafir. Tension. Penat. Satu hari nak tepuk tangan berapa kali? Umat Islam yang bergaduh kat dunia neh bersepah2 kot. Gila la kau.

Sebenarnya. Bukan masalah pun sapa2 nak minat sapa2. Wanita2 Malaysia nak minat Charyl, minat la. Tapi jangan la over sangat sampai meroyan kat instagram dia. Ini zaman google. Kau tulis BM ke apa ke, orang bila2 boleh translate bahasa kau dan dapatkan clue sikit2 apa yang kau cuba sampaikan kot.

Bayangkan ek. Si Charyl neh baca dan faham apa yang korang cuba sampaikan. Tak ke itu akan membuatkan saham2 wanita sewel neh jatuh sebab kemaruk nak kan si Charyl neh sampai sanggup kutuk awek dia kat instagram dia.

Nampak?

Nampakk?

Sebab tue la tindakan2 wanita sewel neh dikecam oleh umat. Ia memalukan dan menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita. Macam takde standard plak nak terhegeh2 komen kat instagram orang dan kutuk2 awek orang tak cantik padahal kita neh banding dengan dia perghhh.. Allah je tahu. Tak kuasa ai nak menyebutnya dear.

Sudah la memalukan, tak sedar diri plak awak tue Malaysian. Perangai wanita2 sewel yang tengok bola sepak sebab minat lelaki2 tertentu bukannya disebabkan skill permainan ataupun kerana sukan bola sepak itu sendiri. Perempuan2 macam neh elok p mampos. Selagi dorang neh wujud sebagai peminat bola sepak selagi itulah bola sepak kat Malaysia neh takan maju dan membangun. Di saat kita semua tengah kerah idea dan kritikal tentang sukan bola sepak negara, kita terpaksa pula melayan karenah2 sewel oleh peminat2 bola sepak yang sewel macam wanita2 sewel tue. 

Nampak? Nampakk? 

Orang sibuk dok fikir masa depan sukan negara depa sibuk dok fikir sapa lagi handsome + bujang sebab aku nak minat dan mengorat. 

Nampak? Nampakk? 

Perempuan. Perempuan. Selain dari kecantikan. Harta. Emas. Mengejar lelaki handsome. Apa lagi yang ada dalam hidup kau?

Meh sini aku hadiahkan gambar2 sensasi Charyl dengan awek dia yang korang kutuk2 sebagai tak lawa sangat tue. Tolong la rasa sentap dan marah sebab tak dapat beromen dengan Charyl pujaan korang tue oke. Dan aku sudahi dengan ucapan padan muka. Tak cantik tak cantik awek Charyl (bak kata korang la kan), dia yang beromen dengan Charyl, bukannya korang pun.

MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.