t>

Breaking News

Kahwin Muda, Jejas Pembangunan Kata Bekas Menteri. (Dengan Kemaskini).


Oke. Aku dah dapat maklumat. Wanita di atas ialah Ng Yen Yen. Bekas menteri pelancongan.

Baru2 neh terdapat satu laporan berita yang dilaporkan oleh NTV7 menerusi satu rancangan berita bernama Edisi 7 yang mana wartawan NTV7 telah menemubual bekas menteri wanita, Ng Yen Yen yang mengatakan bahawa kahwin pada usia muda akan menjejaskan pembangunan.

Aku tak dapat nak semak semula laporan berita tersebut di laman web rasmi NTV7 sebab mereka tak pula siarkan berita versi online. So, apa yang aku dapat cuma sebaran gambar di atas di laman facebook dan ramai juga pihak yang mengkritik pendapat bekas menteri di atas.

Pada aku wanita ini memang layak dikritik disebabkan pandangannya yang TIDAK BERASAS.

Kahwin pada usia muda bermaksud kau kahwin pada usia yang muda je la. 

Apa kaitan kahwin pada usia dengan pembangunan pula?

Macam mana seseorang yang berkahwin pada usia muda ber-risiko menjejaskan pembangunan? Adakah semua yang kahwin muda tue stock yang kerja bina bangunan ke apa?

Hak ala.

Aku syak. Syak saja. Ini mesti nak kondem pasangan muda yang kahwin dari Johor tue kan kan kan?

Aku nak sangat tengok versi penuh kandungan pendapat dia tentang kahwin muda jejas pembangunan. Siyes. Nak tengok bangang mana dia neh sampai boleh keluarkan hujah merapu. Sapa2 yang ada versi rakaman ataupun tahu kat mana nak tengok versi online, roger2 la ek.

Bai.