Mangsa Banjir Tak Tahu Bersyukur Ke? - Sukarelawan Banjir Kepada Mangsa Banjir.
Tahun ni banjir mari lagi. Dah 3 kali dah buat kerja (tolong-tolong serba sikit) di pusat pemindahan banjir. Aku nampak 1 benda. Mangsa banjir jarang sangat yang ringan tulang nak tolong. Tahu nak minta je.
Kita tidak dibayar. Hatta selepas selesai banjir, mangsa dapat duit. Kita tak dapat apa pun. Rumah kita semua ni yang bertungkus lumus ni, tak banjir pun. Kita boleh je balik, dok rumah tengok TV, main dengan anak anak.
Bayangkan 20-30 orang nak sediakan makanan 3, 4 kali sehari untuk 1,000 mangsa. Kita pun ada kerja. Sampai atur jadual, bergilir.
JKM setakat bagi sardin, kita usahakan, proaktif, pergi dapatkan/minta/merayu/menagih sumbangan supaya mangsa dapat merasa lauk ayam atau daging. Kita pulak yang meminta minta untuk mangsa. Tapi, apa balasan mangsa?
Marah
Marah
Marah
Itu tak ada. Ini tak ada.
Apsal lambat?
Di kala dah habis makan, kita semua kemas kantin sekolah, basuh kuali, periuk , kawah dan lantai (karang kalau tinggal kotor sekolah marah dan kebersihan penyediaan makanan penting untuk kesihatan), anak anak muda remaja mangsa banjir boleh rehat, ada yang siap hisap rokok, borak, macam baru lepas makan kat rumah atau restoran.
Tak ada perasaan ke? Kita ni pekerja diorang ke?
Aku hanya tolong sikit je. Tapi aku kesian tengok pak cik pak cik surau tolong masak. Basuh kawah, periuk. Mak cik-mak cik potong ayam, sayur.
Sukarela ni semua umur 40-60 tahun. Kita bukan NGO. Kita penduduk setempat je. Tempat kita tak banjir pun. - Letstorque
--------------------
Kat atas neh luahan oleh sukarelawan banjir kepada mangsa2 banjir yang dia anggap sebagai pemalas nak mampos.
Pertama. Ko ada tak tanya mangsa banjir tue nak tolong ke taknak? Bila dah nampak ramai2 gotong royong buat kerja mungkin mereka merasakan tenaga mereka tak diperlukan disitu ke macam mana?
Kedua. Tak tolong masak dan bersihkan tempat makan mungkin dia tolong buat benda lain.
Cuba la berlapang dada sikit dengan mangsa banjir yang mungkin sesetengahnya rasa tension.
Aku tak sure la sukarelawan neh marahkan mangsa banjir yang mana tapi macam pukul rata jek. Relax la kawan. Ko teruskan aje bantuan dan menolong macam biasa. Mereka hargai atau tidak ko buat relax aje dah la. Orang tengah susah ahti kot. Kita neh mengungkit pun sebenarnya mendatangkan benci dari suka.
Dan aku tertarik dengan point dia bahawa JKM hanya sediakan sardin aje. Kenapa JKM hanya sediakan sardin aje? Sebab itu aje yang semampu JKM sediakan kot. Dalam keadaan terhad dan sukar untuk mendapatkan barang2 makanan lain. Nak pergi cari kang kena sediakan paper work, dokumentasi, tunggu kelulusan. Macam2 hal le. Ada baiknya JKM diberikan cadangan selain dari sardin, mereka memberikan bantuan wang kepada pusat pemindahan banjir agar wang itu tadinya boleh digunakan untuk membeli makanan tambahan. Bantuan makanan kepada mangsa banjir memang selalunya makanan kering yang tahan lama. Beli makanan basah kang membusuk sebab takde tempat simpanan. Melainkan beli terus masak. Sebab tue dari harapkan JKM sediakan makanan lain selain dari sardin, better mintak wang cash untuk tampung bekalan makanan kepada mangsa banjir.