Najib, Hishammudin & Pemimpin BN Disindir KAW2 Oleh Tengku Mahkota Pahang.
Hantar dahulu bekalan makanan bila banjir diramalkan berlaku, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Gelombang ketiga banjir dijangka akan melanda awal bulan depan, jadi eloklah bekalan makanan dihantar dahulu.
"Jangan terdesak baru hendak hantar bekalan, kemudian bagi alasan tidak boleh meredah arus deras sebab enjin bot tidak cukup laju.
"Hantar dulu makanan sebagaimana boleh dan elok periksa ramalan cuaca setiap hari dan setiap minggu supaya kita boleh hadapi sebarang kemungkinan," titah baginda.
Baginda menegaskan demikian ketika sesi taklimat banjir Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.
Tengku Abdullah bertitah mahukan sistem pengurusan banjir di negeri ini diperkemaskan menerusi pelan jangka pendek dan panjang.
Menurut baginda, antara kelemahan yang perlu diatasi ialah aspek penghantaran bekalan makanan dan barangan keperluan selain sistem komunikasi.
Baginda bertitah sistem komunikasi perlu diperbaiki dengan menyediakan saluran komunikasi rasmi daripada sumber yang sah bagi mengelakkan penyebaran berita palsu menerusi laman sosial seperti Facebook dan Whats App.
Tengku Abdullah menyatakan, hanya dengan cara itu, masa dan tenaga pihak berkuasa dapat dijimatkan daripada melayan maklumat yang tidak sahih.
Ini sekali gus dapat menumpukan kepada usaha mereka untuk menyelamat dan membantu mangsa banjir.
Selain itu, baginda bertitah kajian jangka panjang juga perlu dilakukan di kawasan Pahang Barat termasuk menaiktaraf kawasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang hampir setiap tahun dinaiki air.
Baginda bersama anakanda Tengku Muhammad Riayatuddin Shah sebelum itu melakukan tinjauan udara tentang keadaan banjir di Temerloh.
Tengku Abdullah turut melawat beberapa pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, SMK Seri Tualang, sebelum ke Sekolah Kebangsaan Tamil serta Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar, di Mentakab.
Dalam masa yang sama baginda turut menitahkan supaya segala aset kerajaan digunakan sepenuhnya untuk memindah serta memberi bantuan kepada mangsa banjir dan bukan untuk membuat lawatan atau tinjauan.
"Jika hendak gunakan untuk melawat dan meninjau sahaja, gunakan bot sendiri," titah baginda.
Baginda sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya segera berpindah jika diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan tidak menunggu saat-saat akhir.
"Ada kes di Temerloh mangsa tidak mahu pindah, namun apabila terdesak baru nak minta pertolongan sedangkan dalam masa yang sama bot yang ada telah sibuk dengan operasi pemindahan lain," katanya.
- Bernama
Bukan hanya urusan penggunaan aset semata2. Yang digunakan untuk melakukan tinjauan dan lawatan selepas tue dok mengarah2kan jurukamera sudut mana yang lebih sesuai untuk bergambar bagi tujuan sebaran supaya rakyat memuji tindakan pemimpin yang turun padang.
No. No. No.
Tetapi point2 Tengku Mahkota Pahang yang berikutnya juga ;
1. Pantau keadaan cuaca dan alert dengan sebarang perkembangan. Kalau dah dapat hint akan berlaku banjir di sekian2 kawasan, cepat2 siapkan bantuan makanan dan keperluan. Jangan salur last minit.
2. Salur last minit mula la meraban cakap faktor cuaca buruk la, arus deras la apa la. Mangsa2 yang terperangkap tak pasal2 kebuluran dan kelaparan. Lepas tue dok pecah kedai. Lepas pecah kedai polis plak siasat. Tak pasal2 aje.
3. SOP pengurusan banjir perlu diperkemaskan untuk pelan jangkamasa panjang dan pendek. Ini perlu agar selaras dengan perkembangan semasa. 3 perkara utama yang perlu diberikan penekanan ialah ;
- Saluran bantuan makanan
- Saluran komunikasi
- Penghantaran barang keperluan
4. Menaiktaraf LPT yang saban tahun dinaiki air. Betul juga. Tiap2 tahun berdepan dengan masalah yang sama. Sekurang2nya usaha untuk mengkaji dan merangka plan itu sepatutnya sudah ada. Bukannya bila kena sound kat media massa baru terhegeh2 nak kaji cadangan.
Ini sebab2nya kenapa Najib, Hishammudin dan menteri2 BN patut terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh anak sultan Pahang. Monarki perlu lebih keras lagi dalam mengkritik kelemahan dan kecuaian pentadbiran Barisan Nasional. Baru la kita ada mood nak sokong monarki. Kritikan di atas neh aku sokong. Mohon menteri2 BN take note dan lakukan sesuatu.
Bai.