Pelik Bin Ajaib - PDRM Siasat Tukang Lapor Isu Bakar Alquran - Mashitah Kebal?
Polis sekarang buat kerja pelik. Walaupun memang dah lama polis kita buat kerja pelik. Tapi sekarang mereka menambahkan lagi koleksi kerja pelik yang mereka dah buat selama neh.
Baru2 neh Malaysiakini ada melaporkan satu kenyataan Mashitah berhubung cina bakar Alquran waktu sembahyang. Dan susulan dari laporan tersebut, pelbagai laporan polis khususnya dari pimpinan DAP dibuat di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Mashitah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mashitah adalah merujuk dalam satu ucapan yang dia sampaikan dalam persidangan agung tahunan UMNO yang berlangsung baru2 neh di PWTC.
DAP membuat laporan polis adalah beranggapan kenyataan tersebut ;
- Mengapi2kan hubungan antara kaum dan penganut yang berbeza2 di Malaysia
- Menyebarkan fitnah memandangkan tiada fakta yang berasas merujuk kepada insiden yang disampaikan oleh Mashitah.
Apa yang POLIS kau buat selepas satu tempoh berlalu ialah ;
- Siasat wartawan2 Malaysiakini yang melaporkan kenyataan tersebut atas nama khianat awam dan mengapi2kan kesalahan antara kaum di Malaysia
- Siasat Teo Nie Ching kerana membuat satu laporan polis berkaitan kenyataan Mashitah. Teo Nie Ching ialah ahli parlimen dari DAP.
Pelik kan? Pelik woo.
Sepatutnya. Polis siasat dulu samada betul atau tidak Mashitah keluarkan kenyataan tersebut. Wartawan kita profesional wooo. Rakaman mesti ada punya. Berdasarkan kepada respon Mashitah, dia sendiri mengambarkan dia mengeluarkan kenyataan tersebut apa. Boleh baca point2 respon dia kepada wartawan2 selain dari Malaysiakini punya laporan. Dalam TMI ada. Dalam Sinar Harian pun ada.
Polis hanya perlu buka dan cari semula laporan2 akhbar yang lepas berkaitan insiden neh.
Then. Kalau dah terbukti Mashitah tak sebut apa yang dilaporkan, baru la logik siasat wartawan.. itu pun tak logik nak siasat pelapor polis yang melapor polis berdasarkan kenyataan akhbar seperti ahli parlimen DAP yang kena siasat..
Dan kalau terbukti Mashitah keluarkan kenyataan tersebut, polis kena minta Mashitah nyatakan. Dia merujuk kepada kes apa. Apa fakta yang dia ada untuk membenarkan kenyataan dia. Kalau si Mashitah secara sebarangan keluarkan tuduhan itu maksudnya fitnah. Bila dah fitnah kan bagus kalau tarik balik, betulkan dan minta maaf. Ka nak biar aje fitnah berterusan?
Eh. Lue fikirlah sendiri. Masing2 ada otak. Takan nak ajar satu persatu.
Bai.