t>

Breaking News

Sekolah Manek Urai Runtuh - Penyebar Maklumat Di Wassap Diburu SKMM.


Cari penyakit. 

Kenapa la nak buat kerja macam neh. Cuba fikir sikit sebelum main sebar sebarangan. Kalau taknak fikir kesannya ke atas kita, cuba fikir apa kesannya ke atas mereka2 yang terlibat. 500 dan lebih mangsa banjir berada di sekolah Manek Urai tau. Dan sekolah Manek Urai antara yang menjadi isu hangat di media sosial dan mendapat perhatian dari media arus perdana tau. So, apa2 isu yang membabitkan sekolah itu sudah tentu akan menjadi kecoh. 500 mangsa dan lebih yang terperangkap di sekolah tersebut tak boleh ke mana-mana tanpa bekalan air bersih dan elektrik, tanpa makanan dan keperluan yang mencukupi dilaporkan runtuh dan mayat bergelimpangan, apa kesannya kepada ahli keluarga mangsa yang tahu ahli keluarga mereka berada dalam bangunan itu.

Menimbulkan suasana panik, kerisauan dan ketakutan. Bukan hanya kepada ahli keluarga mangsa bahkan kepada mangsa2 banjir yang berada di sekitarnya juga.

Fikir tak?

Aku yang terima maklumat 'first hand'  dan 'sangat sahih' tentang kejadian di Gurun pun malas nak sebarkan di blog. Setelah menimbang baik buruk dan setelah memikirkan akibat yang diterima oleh anggota tersebut lebih teruk ke atasnya dirinya sehingga hilang nyawa berbanding ke atas pihak luar, aku rasa biarlah polis sahaja membawa haluan cerita tersebut. Yang dah pergi, dia dah pergi. Apa yang berlaku ke atas diri dia, anggota2 yang lain ambil la iktibar dan pengajaran akan kejadian tersebut. Kadang2 dalam sesetengah perkara, kalau kita tak menceritakan segala2nya adalah lebih baik begitu.

Baca ;

CYBERJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.

Yang bernama Zulkifli tue. Aku pun tatau la. Dia call sapa agaknya untuk mengesahkan kejadian runtuhan tersebut.

Macam2.