t>

Breaking News

AHLONG Di Mana-Mana - Mangsa Banjir Diminta Waspada & Jangan Terpengaruh.


Ini ada satu cerita yang mangsa banjir perlu baca.

Beberapa pihak membuat aduan mengenai kewujudan peminjam wang tidak berlesen atau ah long yang menawarkan pinjaman kepada mangsa-mangsa banjir.

Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kegusaran itu timbul, setelah mendapati majoriti rakyat Kelantan terjejas dengan bencana yang menimpa negeri itu.

“Saya dapat laporan ah long sudah pergi ke Kelantan dan tawarkan bantuan pinjaman kepada mereka (mangsa banjir). Jika mereka pergi pada ah long, kita tahulah apa nasib mereka selepas ini.

“Ramai rakyat Kelantan terkesan dengan bencana yang menimpa negeri itu. Bukan sahaja peniaga yang buka perniagaan secara kecil-kecilan, malah peniaga besar turut menerima kesannya, mereka ini susah, jadi kita yang harus bantu mereka, bukan ah long,” katanya dipetik Sinar Harian dalam satu sidang media khas, pada Jumaat. -SH-

Amboi. Laju2 je Ahlong turun padang untuk mencari dan menjerat mangsanya kan. PDRM pun kena la peka sama. Patut dipantaunya kegiatan tersebut supaya tiada yang menjadi mangsa.

Baikla. Ini apa yang mangsa banjir perlu buat. Samada anda peniaga atau non peniaga atau peniaga besar-besaran mahupun peniaga kecil-kecilan.

Pertama. Jangan sesekali melibatkan diri dengan pinjaman Ahlong. JANGAN.

Kedua. Jika ada masalah untuk membayar semua pinjaman dan sebagainya, sila ke bank dan uruskan penangguhan pembayaran balik. Bagi pemilik kenderaan dan rumah, mangsa banjir boleh membuat penangguhan sehingga setahun.

Ketiga. Sila participate dalam kesemua yang kerajaan kata percuma. Contohnya. Ganti kad pengenalan, dokumen2 yang rosak dan musnah, bil air percuma sebulan, baju sekolah dan sebagainya.

Keempat. Jika hadapi masalah kewangan, laju2 berunding dengan AKPK. Klik sini untuk info lanjut. 

Ramai juga orang cenderung bersangka negatif pada AKPK. Tapi percayalah, sangkaan negatif mereka tidak akan membantu menyelesaikan masalah kewangan kita pun. Jangan ragu2 untuk dapatkan khidmat nasihat, kaunseling dari AKPK bagi menguruskan masalah kewangan korang jika menghadapi masalah untuk lakukan pembayaran balik pinjaman. Terutamanya membabitkan pinjaman kad kredit, pinjaman perniagaan dan lain2 yang berkaitan. Yang neh kalau bank enggan atau tidak mahu berkompromi dengan penangguhan bayaran balik, maka cuba cari jalan dengan AKPK bagi meringankan beban masing2.

Apa2 pun dinasihatkan kepada mangsa2 banjir. JANGAN SESEKALI melibatkan diri dengan AHLONG. Mereka bukan nak tolong. Mereka hanya mahu untung.

Fikir-fikirkan la ek.