Bapa Bangga Namakan Anak Sebagai Obama Kerana Suka Kepimpinan Presiden U.S.A
Hak meletakkan nama anak ialah hak seorang bapa. Tapi tujuan tue kalau boleh biar cerdik sikit. Bagi aku takde apa-apa yang salah pun pada nama OBAMA. Ia adalah sekadar nama.
Tapi. Come on. Perlu ke kau declare kau letak nama anak Obama sebab kagum kat presiden USA tue?
Presiden USA tue kau pun tak kenal betul. Itula. Seringkali baca berita2 pro kerajaan. Berita2 pro kerajaan bukan hanya menipu tentang kerajaan bahkan menipu juga tentang pemimpin2 luar negara.
Mana-mana pemimpin yang Malaysia favor, berita kita akan condong kepada mereka.
Mana-mana pemimpin yang Malaysia tak favor, berita kita akan mengkritik mereka.
Azman Kamaruddin dah terserap dengan propaganda kerajaan tentang Barrack Obama. USA dan kerajaan USA sangat pandai melakukan propaganda bagi mencapai maklamat mereka.
Mereka menyibuk serang negara-negara yang majoritinya penganut Islam atas nama keadilan. Kalau pun atas nama keadilan, kenapa pula menggunakan cara keganasan dan senjata?
Nampak tak permainan AMERIKA kat sini? Azman, kau tak nampak? Dah 33 tahun hidup atas dunia neh kau masih tak nampak-nampak? Apa yang kau buat dalam hidup kau sebenarnya sampai benda simple macam neh pun kau tak nampak??
Dan sampai sekarang tak pernah AMERIKA undi YES kepada Palestine untuk diiktirafkan sebagai sebuah NEGARA. Termasukla yang terkini.
Dan ini kau kata kau nak kagum dengan Barrack Obama sebab kepimpinan dia?
Ini yang kau beria-ria nak letak nama anak kau Obama?
Nama Obama tue pada aku takde masalah. Tapi tujuan encik Azman pada aku memang bangang. Sudahla bangang. Declare plak kat semua orang. Tak pasal-pasal kena kritik kat Sinar Harian.
HA HA HA
Katanya ;
Kagum dengan kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, seorang bapa mengambil pendekatan menamakan anak pertamanya dengan nama Obama.
Azman Kamarudin, 34, berkata, nama itu dipilih sejak mengetahui jantina anaknya lelaki ketika berusia tiga bulan dalam kandungan.
Menurutnya, meskipun isteri dan ahli keluarga terkejut dengan nama itu, mereka akhirnya bersetuju dan menganggap ia satu keunikan.
“Saya melihat Barack Obama seorang yang berkepimpinan dan mempunyai semangat juang tinggi. Meskipun berketurunan Afrika Amerika, beliau mampu berdiri memimpin sebuah negara yang begitu berpengaruh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Rancangan Perumahan Awam (RPA) II, di sini.
Obama dilahirkan pada 14 November lalu dengan berat 3.2 kilogram di Hospital Pantai, Ipoh tepat jam 1.16 pagi. Azman berkata, dia dan isteri, Rahila Safimi Md Rejab, 31, mahu, inspirasi nama itu menjadikan anaknya gigih dalam menjalani cabaran hidup.
Katanya, dalam tempoh dua bulan ini, Obama seperti bayi lain membesar dengan sihat.
“Orang lama kata, kalau nama tak serasi kita kena tukar, tapi nampaknya sepanjang dua bulan ini, Obama biasa sahaja, malah kerana namanya itu, dia menjadi perhatian setiap kali dibawa keluar.
"Saya sentiasa berdoa supaya Obama membesar dengan sihat dan bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan serta menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya," katanya.