Harga Minyak Turun Lagi - RON 95 RM1.70 Seliter.
Menerusi twitter sebentar tadi, timbalan menteri kewangan II, Ahmad Maslan mengumumkan kadar baru bagi harga minyak untuk bulan Feb 2015. Harga minyak diturunkan lagi sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di peringkat global.
Berikut adalah harga minyak baru yang diumumkan oleh Ahmad Maslan ;
Ron 97 rm2.00 seliter.
Ron 95 rm1.70 seliter.
Diesel rm1.70 seliter.
Untuk rekod, harga minyak pada masa kini dijual tanpa subsidi kepada pengguna. Dan selepas harga minyak diapungkan ikut pasaran dunia berikutan harga minyak mentah global jatuh, station minyak seringkali kekurangan bekalan minyak ron jenis 97.
Adakah bekalan ron 97 akan terus kehabisan dengan harga yang baru di umumkan ini? Nampak gayanya pemilik kenderaan lebih suka isi minyak kenderaan mereka dengan minyak jenis 97 berbanding 95 atas faktor kualiti dan prestasi kenderaan masing-masing. Itu sebabnya banyak station minyak kehabisan atau kekurangan bekalan ron 97 sejak harga ron 97 semakin murah di pasaran tempatan.