t>

Breaking News

Isu Pembinaan Kuil Yang Unik Di Putrajaya - Ini Jawapan Kerajaan Kepada Perkasa.


Sebelum ini PERKASA mempersoalkan tindakan kerajaan yang membiarkan pembinaan sebuah kuil di Putrajaya. Menurut PERKASA apakah kewajaran pembinaan kuil tersebut di kawasan majoriti muslim. PERKASA juga mempersoalkan keluasan dan kegunaan kuil tersebut selain daripada kegagalan pihak berkuasa melakukan sesuatu ke atas pembinaan kuil tersebut. Ujar PERKASA lagi pembinaan kuil unik tersebut yang hampir siap mengecewakan mereka.

Dan ini ialah kenyataan balas dari Putrajaya kepada PERKASA yang mempersoalkan kewajaran pembinaan kuil tersebut. Menurut bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20, sebenarnya merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya. 

Harus diketahui, Putrajaya sebelum dibina seperti sekarang merupakan kawasan ladang yang didiami masyarakat India dan mempunyai pelbagai kuil daripada yang bersaiz besar hinggalah sederhana.

Antara kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jalan B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.

Dakwaan menyatakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal  membuat keputusan perancangan perbandaran dan banyak kuil dibina di seluruh negara kerana amat mudah mendapat kelulusan juga tidak tepat memandangkan kuil di Presint 20 ini sudah pun terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya tahun 1997 lagi.

Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil di Presint 20 yang baru sekarang mencetuskan kontroversi.

Selain itu, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanamkuil ini juga sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan sama ada dari Kementerian Wilayah Persekutuan mahupun Perbadanan Putrajaya. 

Kelmarin, isu kuil di Presint 20 mencuri tumpuan umum apabila Wira PERKASA Malaysia yang merupakan sayap pemuda PERKASA melahirkan penentangan terhadap pembinaannya di Putrajaya.

Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris dikatakan menyelar tindakan pihak tertentu mendirikan kuil tersebut yang dirasakan  tidak wajar.

 
Kenyataan Irwan menerusi portal berita FMT turut menyebut, walaupun sekadar isu pembinaan kuil, pihaknya berasa terhina dengan tindakan Menteri dan Presiden Ppj yang berbangsa Melayu tetapi meluluskan pembinaan kuil dengan mudah tanpa bertanya kepada penduduk di Putrajaya.