t>

Breaking News

Polis Tidak Sebarkan Video Zamani Menyanyi Dalam Tahanan Lapor Utusan.


Cubaan nak mendapatkan elemen simpati selepas dikritik teruk oleh pengguna media sosial khususnya peminat Zamani Slam. Utusan melaporkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SukaGuam bahawa pegawai polis berkenaan tidak menyebarkan video Zamani menyanyi dalam tahanan sebaliknya ia disebarkan oleh pihak ketiga iaitu ahli keluarga kepada polis berkenaan.

Yang sebenarnya. Pegawai polis tersebut peminat Zamani. Zamani menyanyi dalam tahanan untuk menghiburkan peminat dia. Zamani berada dalam keadaan sedar dan tahu bahawa dia dirakam oleh anggota tersebut.

Dan pegawai polis terbabit tunjukkan rakaman berkenaan kepada ahli keluarganya. Tujuan nak berkongsi cerita. Tetapi lain pula jadinya bila salah seorang ahli keluarga dia menyebarkan video berkenaan kepada umum. Itu yang dikatakan oleh SukaGuam kepada pemberita.

Eh. 

Kalau dah tunjuk kepada orang kedua dan seterusnya dan tak pula beri amaran agar jangan sebarkan kepada sesiapa maka automatik dah dianggap menyebarkan la tue kan? Ke macam mana? 

Ke nak lepas tangan apabila pengurus Zamani mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan?

Setakat ini, melalui kenyataan pengurus kepada Zamani, Johan Aziz dia telah berbincang dengan peguam. Tetapi tak berbincang lagi dengan Zamani Slam.

Entah macam mana, aku rasa Zamani jenis cool. Mungkin dia tidak akan bertindak sampai ke tahap menyaman. Tunggu la dia bebas dulu. Mungkin dia pun tak sedar betapa aksi dia menyanyi dalam tahanan rupa-rupanya mendapat simpati masyarakat umum dan perkara itu menyebabkan polis dikritik hebat di laman sosial.

Selalunya orang hisap dadah neh kan kena maki. Terbalik pula pada Zamani. Itula, polis. Kau kena sedar betapa intergriti kau dah tercalar teruk disebabkan double standard yang kau buat selama neh terhadap rakyat. Ini makanan kau.

HA HA HA.