Felix Di Sindir Kerana Haramkan Selfie Di Indonesia.
Kesian. Tak pasal-pasal jadi bahan kerana mengharamkan selfie. Felix Siauw yang berusia 30 tahun ialah seorang penulis, jurumotivasi dan personaliti di Indonesia telah mencetuskan satu kontroversi apabila mengisytiharkan selfie sebagai haram menerusi akaun twitternya pada 19 Januari yang lalu.
Kesan dari tindakan tersebut, Felix bukan sahaja telah diejek dengan kebanjiran selfie dari wanita-wanita berhijab Indonesia di Twitter dan Instagram yang menggunakan hashtag #Selfie4Siauw malahan perdebatan tentangnya hangat diperkatakan di Indonesia dan media mereka.
Felix Siauw, pada 19 Januari yang lepas, telah membuat perisytiharan selfie adalah haram dalam satu manifesto 17 perkara dan melabelkan mereka yang mengambil selfie sebagai tunduk kepada sikap "ujub, riak dan takbur".
"Apabila kita selfie lalu dimuat naik di media sosial, dan berharap dikomen, di-like, di-view atau lain-lain, kita sudah masuk perangkap riak," tulisnya di akaun twitter.
Ketika ini Siauw mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di laman Twitter dan menganggap dirinya sebagai "pengembang dakwah, bersama mereka yang menegakkan syariah khalifah, dan hamba yang sangat berharap diampuni Allah di hari pembalasan."