t>

Breaking News

ISIS Akhirnya Bunuh Tebusan Dari Tokyo.

Percayakah anda?

ISIS bukan pejuang Islam walaupun aku tak nafikan ada di kalangan kita bukan sahaja percaya bahkan menyokong semua tindakan yang dibuat oleh ISIS. Pada aku. Kehadiran ISIS adalah untuk memburukkan imej Islam. Ini kerana setiap tindak tanduk ISIS bukan sahaja tidak membantu membetulkan salah faham tentang Islam bahkan tambah memburukkan lagi keadaan yang dah sedia buruk.

Sejak ISIS semakin terkenal dan diperkatakan oleh banyak pihak, ini yang berlaku ;

- Insiden tebusan di Australia

- Insiden serangan di Charlie Hebdo

- Insiden menculik tebusan di Jepun

Kesemua insiden tersebut dikaitkan dengan Islam dan akibatnya kini persepsi tentang Islam semakin teruk. Anti Islam di UK juga semakin menebal berbanding waktu dahulu.

Ada sesuatu yang tak kena tentang perjuangan ISIS dan aku masih lagi berpendapat ISIS ialah tajaan barat iaitu US dan ISRAEL dalam alasan mahu menghalalkan penindasan dan diskriminasi ke atas penganut agama Islam walau di mana saja mereka berada.

Dalam perkembangan terbaru mengenai 2 tebusan warga Jepun yang diculik oleh ISIS, kumpulan militan IS berkata mereka sudah memenggal tawanan kedua warga Jepun, sekali gus mencetuskan kemarahan Tokyo dan Washington lapor Awani.
 

Pengakuan ISIS itu dibuat menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke internet. Di dalam video tersebut, wartawan Kenji Goto dilihat melutut di sisi seorang lelaki bertopeng dengan loghat British yang menyalahkan kerajaan Jepun.

Lelaki berpakaian serba hitam itu kelihatan sama dengan militan IS yang terbabit dalam video serupa sebelum ini.

Goto pula berpakaian berwarna jingga, sama seperti baju tahanan di Guantanamo Bay dan rakaman video pelaksanaan hukuman sebelum ini.

Kumpulan berkenaan menyatakan kepada Perdana Menteri Jepun bahawa pembunuhan Goto adalah akibat keputusan tidak ambil peduli Tokyo.

Rakaman video itu berakhir dengan imej mayat berpakaian jingga dengan kepala yang dipenggal diletakkan di atasnya.


Perdana menteri Jepun, Shinzo Abe menzahirkan rasa kekecewaan atas insiden terbaru itu. Abe dipetik berkata bahawa pihak mereka telah melakukan apa sahaja bagi membebaskan kedua-dua tebusan yang ditahan itu. Abe juga berkata bahawa Jepun tidak akan memberi tempat kepada keganasan dan sama sekali tidak akan mengalah dengan kumpulan pelampau.

Bagaimana pun, Jepun akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengesahkan kesahihan rakaman video pembunuhan itu yang kini tersebar meluas di internet. 


Tahanan ISIS yang dibunuh, Goto ialah wartawan bebas yang berusia 47 tahun, ditahan pada Oktober selepas mengembara ke Syria untuk membantu pembebasan Haruna Yukawa, rakannya yang turut ditahan IS.

Yukawa dilaporkan sudah dibunuh, tetapi pihak berkuasa sehingga kini belum mengesahkan sama ada rakaman video pembunuhannya benar atau sebaliknya.

Video pembunuhan Goto mencetus kemarahan antarabangsa.

Pada masa sama, ia menghantar isyarat kebimbangan dengan nasib seorang lagi tahanan IS iaitu juruterbang warga Jordan Muath Al-Kaseasbeh.

Awal bulan ini, Jordan menawarkan bantuan untuk membebaskan tahanan sebagai tukaran nyawa dengan juruterbang berkenaan.

Ahli keluarga turut sama bersedih dengan perkembangan terbaharu yang menimpa Goto. Menurut abangnya, Junichi Goto, dia tidak menyangka Kenji akan dibunuh secara kejam oleh IS.

Bagaimanapun, Junichi berkata, apa yang berlaku adalah kesudahan yang sukar untuk diterima walaupun sudah banyak dilakukan pelbagai pihak cuba membebaskan adiknya, lapor Awani.