t>

Breaking News

Jawapan Pulau Pinang Kenapa Tiada Diskaun 5% UTK Bumiputera YG Beli Rumah - Beli Rumah PRIMA Ada Diskaun Tak?


Setahu aku la. Bagi pembelian rumah kos unit rendah, memang tiada diskaun. Disebabkan harga seunit dari 35,000 hingga ke 65,000. So memang takan dapat diskaun lagi. Mereka kata dah murah.

Perkara yang sama juga tertakluk kepada perumahan PRIMA. Aku pernah godek2 website PRIMA. Aku baca dan baca. Cari dan cari. Jika-jika ada keterangan yang mengatakan bumiputera akan diberikan diskaun ketika membeli rumah PRIMA, tapi jawapannya takde. So aku assume benda neh tak tertakluk kepada penjualan rumah under PRIMA. Jika aku terlepas pandang, boleh bagi link rujukan di ruangan komen bagi membetulkan point aku. Tapi setakat yang aku semak, memang takde. Bahkan hasil semakan aku di rumah2 yang DBKL jual, dan rumah2 PPR pun memang takde. 

Dulu2, ada kawan aku pernah cakap, diskaun 5 - 15% diskaun tue insentif dari pihak pemaju swasta. Kerajaan memang tak buat sebab rumah dah dijual dengan murah. So, kalau insentif tue, maka dia punya pasal la nak bagi diskaun ataupun taknak kan? Pada aku apa yang paling penting perkemaskan polisi perumahan. Bukan merepek isu diskaun.

Jadi aku tak faham sangat. Kenapa pemuda UMNO Penang kau meroyan macam orang gila. Dan disahut pula oleh page pro fitnah iaitu FOBN.

Baca penjelasan kerajaan Penang kat bawah neh ;

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menjelaskan ketiadaan pemberian diskaun sebanyak lima peratus bagi pembelian lot Bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik di negeri ini adalah amalan biasa kerajaan negeri.
 
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata, ketiadaan pemberian diskaun itu diamalkan sejak dahulu lagi dan turut dipraktikkan di semua negeri.
    
"Memang ini adalah amalan biasa, tiada diskaun itu selama ini. Jadi surat-surat yang dirujuk oleh media kepada Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah memang jelas dinyatakan tiada pemberian diskaun lima peratus itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Jagdeep berkata demikian ketika diminta mengulas kesahihan surat arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertarikh 23 Febrauri kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bertajuk 'Tiada diskaun lima peratus bagi lot bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik'.
    
Beliau berkata amalan itu (tiada pemberian diskaun lima peratus) juga merupakan dasar kerajaan persekutuan.
    
Semalam Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut penjelasan kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung peruntukan diskaun lima peratus yang tidak diberi bagi lot rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik kepada pembeli bumiputera. 
 
Pemuda Umno negeri mendakwa berikutan ketiadaan pemberian diskaun itu, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi mampu untuk memiliki rumah. - Bernama