t>

Breaking News

Kerana Sampaikan Kuliah Agama, Ustaz Nasaie Ditangkap & Didakwa Di N9.

Alasan apa?

Macam biasa. Kerana tidak memiliki tauliah.

Ini apa yang dihebahkan menerusi media sosial.


Ahmad Syihan Ismail 


Karoke setiap malam di bandar Nilai. 

Pusat urut bertahun2 hidup di Nilai. 

Pusat arak dan judi ada di Nilai. 

Tiada apa2 tindakan oleh jabatan agama.. 

Malangnya, Program Bacaan Hadis anjuran anak muda Nilai yang danjurkan tanpa babitkan pihak masjid. hanya menyewa dewan khas masjid terus dihalang dan diangkut oleh pihak agama Islam negeri sembilan bagaikan penjenayah. 

Sekarang Ustaz Nasaie Hanaffie Imam Masjid Nilai dan Wan Mohamad Rasyadan penganjur program Bacaan Hadis dibawa ke dalam van bagaikan penjenayah untuk disoal siasat. 

Bangsat apakah ini?? Apa dah nak jadi dengan negara kita. Majlis agama dihalang bagaikan program maksiat. Tapi majlis maksiat berleluasa di Nilai. 

Hanya kerana bukan dari grup ya hanana. Program dihentikan. Oh, jahatnya penjual agama....


------------------------

Ahmad Syihan Ismail 
 
Ya Allah. Ustaz nasaie Wan Mohamad Rasyadan imam masjid nilai serta cameraman akan dikenakan tindakan di mahkamah syariah esok. 

Sahabat-sahabat tolong ringankan urusan ustaz Nasaie Hanaffie dan sahabat2 yang kemungkinan perlukan jaminan wang. 

Hukuman jika bersalah : RM1000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua3nya sekali. 

Ya Allah bantulah kami orang yang dizalimi.

Ahmad Syihan Ismail 

 
Ustaz Nasaie Hanaffie tanya pegawai: semasa saya mengajar ni ada salah apa-apa ke? 

Pegawai tu jawab: tiada, mengajar kena ada tauliah kecuali di rumah. 

Suasana depan jabatan agama jhaeins. Selepas tangkap ustaz. Berkepul2 asap duk sedut rokok. 

Lahanat.


----------------------------

Apa yang berlaku? Menerusi info yang aku kutip2 di laman sosial ;

1. Ustaz Nasaie ditahan sejurus memulakan program bacaan hadis di masjid Nilai dengan menyewa dewan milik masjid berkenaan. Program berkenaan adalah anjuran anak muda Nilai (orang Islam).

2. Program tersebut terpaksa dihentikan dan ustaz Nasaie dibawa ke Seremban untuk proses pendakwaan dan pertuduhan.

3. Ustaz Nasaie dikhabarkan telah mengajar tanpa tauliah dan ini bersalahan dengan undang2 negeri bagi N9.

4. Ustaz Nasaie hanya boleh mengajar di rumah saja kerana itu saja tempat yang tidak memerlukan tauliah dari kerajaan negeri.

Bagi aku. Tauliah ada pro ada contra. Pro nya, kita boleh selaraskan apa ilmu yang boleh disampaikan dan apa ilmu yang tak patut disampaikan. Bukan semua yang menyampaikan ilmu itu menyampaikan ilmu yang betul. Kat sini kalau kita nak sekat elemenisasi syiah ka, ajaran sesat ayah pin ka apa ka boleh. Sebab tauliah dari pihak kita. Kita yang siasat sejauh mana satu2 ustaz dan individu itu memperolehi ilmunya dan apakah ilmu yang dia sampai bertepatan pula dengan fahaman yang dianjurkan ke atas muslim Malaysia.

Contranya pula, mungkin ada permainan politik dan fanatisma kat sini dengan hanya mengiktirafkan pihak tertentu terutamanya yang condong kepada kerajaan dan menyah-iktirafkan pihak yang lain sedangkan ilmu yang dia sampaikan tidak bercanggahan pula dengan fahaman Islam yang disarankan ke atas umat islam Malaysia. Bukan semua yang berbeza dari kita itu kejahatan juga. Bukan juga bermaksud lari dari kebiasaan itu sesat. Maka kat sini peranan menekankan tauliah wajar dipersoalkan disebabkan tindakan double standard dan diskriminasi yang mungkin berlaku.

Ini pula respon ustaz Nasaie seperti yang dipetik menerusi wall facebooknya ;


Makanya, memang betul la di dakwa atas tiada tauliah. Pada aku, undang2 ini agak kejam. Sebelum menghukum orang takde tauliah, patut dibuktikan dulu bahawa dia tiada tauliah dan fahaman dia meragukan. Kalau dia setakat takde tauliah, bagi je la tauliah selagi mana tak bercanggahan dengan ajaran Islam. Tak perlu buka pentas mahkamah. Kita manusia yang cipta undang2 bukan undang2 yang cipta kita. Ada otak, fikirlah.