t>

Breaking News

Mahathir Dedahkan 18 Surat Wan Azizah Mengenai Tingkah Laku Anwar - Di Mana Surat2 Berkenaan?


Aku baca laporan dari The Malaysia Today. Aku tatau apa dah jadi dengan portal tersebut. Portal berkenaan telah copy paste satu artikel dari blogger UMNO secara sebarangan dan melulu.

Lihat gambar di atas.

Dan bila kau baca berita di atas ;

Klik : Malaysia Today lapor Mahathir dedahkan surat DSWA tentang DSAI

Ko akan ke link seterusnya ;

Klik : Mahathir dedahkan 18 muka surat..

Dan bila aku google sana google sini google situ, aku dapati ini berita lama yang pernah tersiar menerusi Utusan pada tahun 2013 yang lepas.

Baca : Utusan lapor Mahathir akui pernah terima surat DSWA.

La. Cerita lama dilaporkan semula seolah-olah ia benda fresh. Sengaja disensasikan sebagai Anwar dah masuk penjara kot.

Satu lagi. Mahathir bukan mendedahkan apa-apa. Mahathir cuma mengesahkan kewujudan surat berkenaan. Tetapi sampai ke hari ini Mahathir gagal menunjukkan bukti kewujudan surat berkenaan. 

Atas alasan menjaga aib katanya.

Nak menipu orang2 UMNO boleh lah. Apa jek aib Anwar yang tak terbuka lagi. Dari cerita liwat sampai ke video seks semua dah tersiar merata dalam dan luar akhbar. Itu tak masuk lagi ceramah terpekik2 Ummi Hafilda melawan Anwar. Sekarang dah kahwin, maka senyap la dia. Kalau tidak hari-hari memekik. Aku dengar pun rungsing.

Maka. Aku tak pernah percaya Mahathir menyimpan surat2 berkenaan atas alasan menjaga aib dan sebagainya.

Jika benar ada surat2 tersebut, sila dedahkan dan jangan buat havoc propaganda. Aku meluat. Kbai.