t>

Breaking News

Monopoli Punca Harga Beras Lebih Mahal Di Malaysia Berbanding Thailand - Menteri.



Kerajaan Thailand tak takut je jual beras murah2 di negara mereka? Takde ke kes penyeludupan ke apa ke macam di Malaysia? Kat Malaysia segala apa yang murah mesti kena seludup sampai menteri perlu buat keputusan untuk naikkan harga barang segala. Tapi kan sejak2 harga minyak dunia jatuh dan semakin murah, tak kedengaran langsung citer penyeludupan masuk berita. Mungkin orang2 yang seludup minyak neh ikut musim kot. Time nak mahsuhkan subsidi (whic is dah memang mahsuh secara total pun) baru aje citer penyeludupan berjaya di banteras oleh polis. Kalau tidak, memanjang je la aman sentosa macam sekarang. Betul tak wei?


HA HA HA


BTW, point oleh timbalan menteri kesihatan, Hilmi Yahaya neh memang betul. Monopoli bukan sahaja menyebabkan harga beras mahal dan pasaran di kawal mereka bahkan monopoli di Malaysia menyebabkan kadar internet, elektrik, astro semua jadi mahal sebab nak menjamin keuntungan sesetengah jenis perniagaan. Dan kita pula masih ada menteri bodoh yang focus nak suruh peniaga kecil turunkan harga barang contohnya peniaga pasar tani padahal depa dah jual memang murah. BODOH punya menteri. Neh yang cakap2 jujur neh tatau ka kena pecat karang?


HA HA HA

Baca ; 
 
BALIK PULAU, 8 Februari:

Kerajaan disaran agar melaksanakan kaedah lambakan sebagai alternatif untuk menurunkan harga barang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kaedah itu perlu bagi memastikan golongan peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna selain membolehkan pengguna menikmati harga barang lebih rendah.

“Apabila kita menggunakan kaedah lambakan dalam memasarkan barang, peniaga tidak boleh menaikkan harga secara mendadak disebabkan lambakan barang yang banyak.

“Kita lambakkan barang-barang di pasar tidak kira apa juga barang sama ada makanan, pakaian dan sebagainya. Jika dilambak banyak-banyak maka harga barang akan turun dan murah,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan Ops Catut bersama para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri di Pasar Awam Balik Pulau di sini, hari ini.

Dr Hilmi berkata beliau menyifatkan tindakan memboikot peniaga merupakan tindakan negatif, sebaliknya tindakan positif boleh diambil bagi menurunkan harga barang dengan menggunakan cara lambakan.

Diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk boikot peniaga bagi menurunkan harga barang, beliau berkata apa yang dimaksudkan menteri berkenaan adalah menyeluruh dan tidak hanya ditujukan kepada peniaga Cina semata-mata.

Beliau juga manyarankan agar kerajaan mengkaji semula dasar monopoli barangan import dan eksport bagi mengatasi kenaikan harga barang yang tinggi.

“Saya berharap kerajaan kaji semula dasar sekarang. Jika ada monopoli, akan ada masalah, ada orang kawal harga, kita (pengguna) dapat harga yang mahal.
“Semasa saya ke Bangkok baru- baru ini, harga beras lima peratus hancur bagi harga borong di sana ialah RM1.40 sekilo, tetapi di Malaysia sekilo harganya RM2.40 hingga RM2.60, banyak bezanya.


“Jika tiada monopoli, maka lebih ramai peniaga akan meletakkan atau menjual barang dengan lebih murah,” kata Dr Hilmi.


Read more: SUMBER