t>

Breaking News

Orang Cina Malam2 Lepak Slumber Rock Je Minum Arak - Ustaz Kazim Elias.


"Cuba tuan-tuan tengok orang cina, malam-malam rupa depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa, minum arak slumber rock aje masuk disko, slumber rock aje minum. Askar melayu dok jaga dalam hutan, dok jaga tengah laut, sekarang sapa tuan sapa hamba, tiba-tiba depa nak kata, kami takmau ketuanan melayu, sapa tuan sekarang neh?. Kita pula orang melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang tengah jaga tengah laut, bangsa kita yang tidur dalam hutan, puak2 cina bukannya ada. Hindu (penganut) ada? Berapa kerat hindu (penganut) yang jadi askar? Perompak banyak. Sewenang-wenang lepak p Giant, p pakai seksi, p duduk dalam kelab malam, duduk dalam Tesco, cuba tuan-tuan tengok, mewah tak mewah cina? Yang melayu jadi apa?Cuba tengok polis, berapa kerat peratus cina jadi polis? Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta, bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tidur malam, siapa dia? Bukan orang melayu?

Apa tokei buat? Apa anak cina buat? Ada depa ronda naik motor pakai baju biru gelap2, blue black dok jalan, takdak. Bangsa kita yang jaga. Sapa jadi hamba sekarang? Tuan2 cuba tengok bomba. Berapa peratus orang cina jadi bomba? Sapa tue yang dok jaga balai bomba 24 jam dok tunggu bila la nak terbakaq neh aku nak padam, tak bangsa kita juga?

Tuan2 pergi ke lebuhraya yang dok cuci jamban, dok cuci berak tue sapa, tak bangsa kita juga? Yang dok cuci sampah di KLCC, sapu sampah lap sampah tue sapa? Tak bangsa kita juga? Hari ini bangsa kita depa dok pertikai ketuanan melayu.. ketuanan melayu.. ketuanan melayu kepala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap. Orang melayu dah berbesar ahti dengan mereka, kongsi negeri dengan depa, bagi tanah dekat depa, bagi pingat, pangkat, kuasa pada depa, tak puas ahti lagi?

Kenapa yang jadi macam tue jawapan dia mudah. Sebab ada orang melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan2, kita takan dapat apa yang kita bagi pada mereka, nak azan pun tak boleh di Singapore melainkan masjid sultan sahaja yang boleh azan di luar, yang lain semua azan di dalam."

Berikut di atas ialah kandungan ceramah Ustaz Kazim Elias (UKE) yang dirakamkan pada 5 tahun lalu dalam satu ceramah yang diadakan di satu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Video berkenaan viral apabila satu laporan polis dibuat oleh pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam, di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, pada beberapa hari yang lepas.

Rujukan video ;

Klik sini jika video gagal load.




Pada aku. 


1. Video ini dah lepas. 5 tahun yang lepas punya kes. Tak payah nak dijadikan isu report polis sana sini bagai meskipun tuduhan UKE itu sangat kejam dan racist terhadap bangsa cina dan india. Cukupla ia dijadikan hujah dan bukti kepada kita bagaimanakah sikap UKE yan sebenar. Orang Islam yang ikut ajaran Islam yang betul tidak racist. Jika dia racist, pasti ada something wrong disitu.


2. Aku cuma tertarik nak betulkan point UKE. Dan aku juga berpendapat orang cina dan india juga patut membetulkan point UKE dengan nada perbahasan yang bijak, ilmiah dan matang. Jangan selitkan unsur2 emosional meskipun kenyataan UKE itu menyakitkan ahti. Aku yang dengar pun rasa panas. Apatah lagi yang terkesan. Tapi kalau kita pun dok emosi macam dia, maka sama la kita dengan dia. 2-2 bangang. Sebab tue kita betulkan point dia gunakan laras bahasa yang cerdik dan tidak membuta tuli.

3. Penguatkuasa yang jaga keselamatan di negara ini bukan hamba. Aku sangat tak bersetuju dengan point UKE yang beranggapan polis, askar itu semua hamba bagai. No. Mereka dibayar gaji dan menjalankan tugas atas nama tanggungjawab. Mereka amek bidang itu. Mereka belajar dan dilatih bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Macam mana ko boleh anggap mereka hamba. Tuduhan itu sangat jahat.

4. Bomba juga tidak tertunggu2 bila rumah nak terbakar. Dan fungsi bomba bukan hanya untuk memadamkan api kebakaran. Bomba selalu ada di mana-mana dan pihak bomba la yang rakyat Malaysia paling respect antara badan-badan beruniform di Malaysia ini. Bomba selamatkan orang yang terlibat dalam kemalangan, mangsa banjir, mangsa nahas, mangsa tragedi, anak kucing tersepit, tangkap ular dan sebagainya. Aku sangat tidak menyokong point UKE tentang pihak bomba.

5. Dulu. Pernah ada perbahasan. Kerajaan mahu menarik orang cina dan india terutamanya cina bagi melibatkan diri dalam badan beruniform. Kerajaan gunakan method yang betul. Mereka jalankan kajian dan mendapati punca cina tidak berminat untuk terlibat dalam agensi kepolisan adalah disebabkan makan gaji dan gaji yang rendah.

6. Adakah UKE pernah mengkaji point ini? Nampaknya tidak. Dia membebel tah hapa-hapa dalam ceramah yang diadakan mungkin dalam masjid atau surau dan sewenang2nya lemparkan tuduhan yang tidak berasas atas kaum cina dan india.

7. Orang melayu yang malam2 lepak p minum arak dan disko pun ada. Cuba jalan bukit bintang kot kalau ada masa UKE oi.

8. Orang melayu yang jadi perompak berkolar atau tidak pun bersepah2. Yang meragut tue bangsa apa yang juara? Buang anak? Penagih? Terima rasuah? Yang perbodohkan diri sokong AES sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa bayar pampasan bernilai 1b tue bangsa apa? Sebab tue kita kalau nak ulas apa2 jangan dinilai dari segi bangsa. Nilai dari segi individu semata-mata dah cukup sebab bangsa melayu pun tak betul jalan hidup mereka.

9. Bercerita tentang pakai seksi minum arak lepak disko apa semua ialah mereka dibenarkan untuk berbuat demikian selagi mana tak langgar undang2. Adakah undang2 melarang non muslim pakai seksi? Minum arak? Benda tak salah pada mereka agak pelik juga kita mempersoalkan seolah2 itu salah. Benda salah pada kita, orang Islam tetapi tidak salah pada mereka, orang bukan Islam. Kenapa perlu pertikaikan hal sedemikian? Lagipun. Mana datang disko kalau kerajaan tak bagi permit, luluskan lesen? Mana datang arak, kalau kerajaan tak benarkan jual, import dan eksport, siap ada kilang arak lagi di Malaysia. Kasino pun ada. Benda neh saling berkait antara satu sama lain. Selain non muslim tidak terikat dengan cara hidup Islam, muslim juga berperanan memberikan lesen, permit dan segala bagai kelulusan bagi mewujudkan suasana kehidupan tersebut di negara ini. Ada penawaran dibuat. Maka kalau ada permintaan apa yang anehnya? Nak buat disko. Minta lesen dari kerajaan. Kerajaan luluskan. Dan ada orang lepak disko. Non muslim huha minum arak. Alih2 non muslim salah sebab minum arak huha di saat ada melayu sedang sibuk kawal keselamatan negara? Betul ke hujah seperti ini?

10. Setiap dari kita memiliki kerjaya yang berbeza2 atas faktor dorongan, bakat, kelayakan, pengalaman, minat dan sebagainya. Yang tak minat jadi polis, dia jadi peniaga. Then bayar cukai. Cukai itu pula antara lain disalurkan kepada agensi kerajaan untuk bayar gaji polis dan askar. So? Kita saling perlu memerlukan. Kenapa perlekehkan pihak yang tak minat jadi polis dan memperlekehkan pihak yang jadi polis itu adalah sebagai hamba?

11. Takde konsep hamba pun kat sini hubungan antara rakyat dan agensi penguatkuasaan. Kalau antara penguatkuasaan dengan monarki atau monarki dengan rakyat baru la tertakluk dan terpakai dengan definisi tersebut.

12. Yang aku pelik la juga dengan sikap UKE neh. Dok kalut anti cina sana sini huha kemain lagi. Tapi bila jumpa Jackie Chan selfie tetap selfie. Sapa sebenarnya yang perbodohkan diri sebenarnya neh? Kantoi satu hal. Malukan diri sendiri satu hal. Racist satu hal lagi. Sebarkan kenyataan yang tak mencerminkan diri kita sebagai penceramah pun satu hal lagi. 

13. Siyes aku cakap. UKE ko kena ubah la sikap racist ko. Ia bukan Islam dan assobiyyah neh Nabi SAW awal2 lagi dah lawan. Nak betulkan yang salah ia memerlukan kita sendiri berdiri di landasan yang betul dulu. Nak betulkan bangsa cina yang racist (tertentu) ia memerlukan diri kita sendiri harus bebas dari unsur2 racisma. 

14. Aku selalu juga dengar ceramah UKE (aku amek yang baik, yang mengarut aku laju2 buang) dan aku harap UKE belajar dari kesilapan dan pengalaman. Jangan pertahankan perkara yang salah. Nak sokong BN ka, UMNO ka apa ka, tak bermaksud kau kena sokong kejahatan atau perkara yang salah. Dan aku harap, UKE tak pegang dah pemikiran seperti dalam video di atas selepas 5 tahun dah berlalu.

Bai.