t>

Breaking News

Pendakwah Desak Tangkap Bomoh 1 Malaysia - Hairan Kenapa JAKIM Tak Bertindak?


Korang rasa pelik tak?

Bomoh 1 Malaysia tue dah buat beberapa kali ritual mengarut sana sini atas nama perubatan alternatif yang diselitkan dengan bacaan suci Alquran (kononnya la kan) tapi sampai sekarang agensi agama khususnya tak pernah mahu menyiasat tindakan bomoh tersebut. 

Perkara paling teruk Mahaguru Mat Zain pernah buat ialah memalukan rakyat Malaysia dan Malaysia dalam insiden MH370. Sampai sekarang la benda tue jadi bahan lawak di media internet kalau korang nak tahu. Pernah suatu ketika dulu aku baca portal berita luar negara. Tak ingat plak portal ape. Kes MH17 yang dilaporkan oleh portal berkenaan. Ada komen la dari luar negara tatau la dari negara mana minta Malaysia bawa bomoh untuk menyiasat kejadian MH17. Malaysia kan ada bomoh.

Aku rasa macam %&%^*%^.. dalam ahti plak bila baca komen sindiran tue.

Itu tak baca lagi komen2 di youtube. 

Semak siot. Tak guna punya pakcik bomoh. Dah taraf atuk dah kot sebab umur dah 70 tahun lebih. Tapi perangai macam hapa.

Dan paling teruk sekali ialah agensi agama di Malaysia neh. Tak langsung memainkan peranan bagi membetulkan pemikiran atuk bomoh kita tue. Biar aje berkeliaran sana sini atas nama perubatan. Makin lama makin sewel plak tue pemikiran dia. Najib sibuk main golf, alih2 dia pun sibuk berubat menggunakan kayu golf sama. Apa kehelnya tue?

HAHAHAHA..

"Tindakan ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ ataupun nama sebenarnya Ibrahim Mat Zain yang melakukan upacara syirik di luar penjara Sungai Buloh baru-baru ini perlulah di ambil tindakan dengan menangkapnya," kata Pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah

Sebelum ini Ibrahim Mat Zain melakukan upacara tersebut selepas mendakwa ada ilmu hitam yang mahu membunuh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara dan perkara tersebut adalah syirik semata-mata.

“Saya ingat Raja Bomoh ini sudah syirik. Tangkap sahaja dia ini. Jabatan Agama Islam jangan ambil masa lebih lama untuk menangkap individu ini.

“Dia sudah lama bebas dan semakin lama dia dibiarkan begini, entah apa lagi perbuatan syirik yang akan dibuat…memalukan serta merosakkan akidah,” katanya dipetik dari Astro Awani.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video Ibrahim yang melakukan upacara syirik tersebut yang disebarkan di laman sosial dengan menunjukkn raja bomoh itu melakukan beberapa upacara.

Dalam rakaman yang berdurasi hampir tiga minit setengah itu menunjukkan gelagat Ibrahim telah menggunakan ‘teropong sakti’nya dan mengetuk dua biji kelapa selain dilihat beliau bermain golf di ruang letak kereta di luar pagar kompleks Penjara Sungai Buloh..

Ia dikatakan ritual untuk memberi perlindungan kepada Anwar daripada serangan sihir dan hantu raya yang ingin membunuhnya di dalam penjara.

Md Daud menyeru agar Jabatan Agama Islam perlu memandang tegas tindakan ini dengan menangkap beliau seperti beberapa kes syirik agama sebelum ini.

“Jalankan tugas seperti yang dibuat kepada Ayah Pin atau Tuhan Haron, ia akan menutup kelemahan dan kepincangan agensi penguatkuasa agama yang mungkin diperkatakan masyarakat kerana lambat menahan Ibrahim.

“Kita ada 14 mufti dan semuanya harus sepakat untuk mengeluarkan arahan penangkapan Ibrahim seharusnya selepas menggemparkan negara kerana ritual mencari MH370 dahulu,”tegasnya.

Secara berseloroh Md Daud turut memberitahu, selepas ditangkap, Ibrahim dicadang dimasukkan ke dalam sel sama dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh.

“Dia boleh jaga Anwar sepanjang masa, buat ritual kelapa, teropong dan apa sahaja yang boleh untuk menjaga ‘kawan sebiliknya’.

“Saya tidak pernah lihat bomoh pakai tali leher seperti Ibrahim ini, agaknya Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pun boleh tertawa jika melihat Ibrahim ini,” jelasnya. -SK.