t>

Breaking News

Saya Masih Hidup Dan Akan Terus Berjuang Di Jalan Allah - Ibrahim Ali.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menafikan dakwaan kononnya beliau meninggal dunia, yang kini menjadi viral di laman-laman sosial.
Menurut beliau, dakwaan tersebut hanyalah fitnah jahat yang dibuat pihak yang tidak senang dengan perjuangan yang dibawanya.
“Saya amat kesian kepada pembuat fitnah ini dan mereka yang jahat ini amat marah pada saya kerana saya bercakap benar, terus terang dan lantang.
“Kepada mereka yang sakit jiwa ini, nasihat saya jumpa Doktor pakar jiwa atau bomoh yang bertauliah, bertaubat sebelum terlambat,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Beliau yang bersyukur kerana diberi kesihatan baik berkata, akan terus berjuang untuk menentang puak fasik, hipokrit dan munafik.
“Saya akan terus berjuang di jalan Allah,” katanya.
Tambah Ibrahim, sebelum ini beliau pernah difitnah kononnya dimasukkan dalam ICU dengan mengunakan gambar pembedahan pintasan jantung pada tahun 2010. -FMT.
----------------
2,3 hari neh aku akan busy dan dapat online kejap2 je. Aku tatau la. Mungkin aku tak perasan. Kat mana ek posting2 yang mengatakan Ibrahim Ali dah meninggal dunia? Viral? Viral kat mana? Tak nampak dan dengar cerita pun. Ke, saja buat cerita? Tagih simpati? Opsss..