Selepas Kritik Arwah TGNA, Ibrahim Ali Dimasukkan Ke Hospital?
Itu ke yang berlaku?
Baru-baru ini terdapat satu posting Ibrahim Ali yang mengulas tentang kematian TGNA. Salam takziah disampaikan namun dalam posting berkenaan turut memperlekehkan peranan dan kegagalan tuan guru dalam memajukan Kelantan dan melaksanakan hudud.
Ironinya.
Kita mempersoalkan peranan orang.
Tetapi peranan kita sendiri dalam melaksanakan hudud, bagaimana dan apa?
Pernah Ibrahim Ali fikir dan tanya pada diri sendiri tak?
Rentetan dari kritikan tersebut, Ibrahim Ali menerima kecaman bertubi-tubi dari pengguna media sosial sehingga beribu-ribu komen dicatitkan. Namun, posting berkenaan telah dipadamkan dan digantikan dengan ucapan takziah yang lebih ringkas dan sopan berbanding sebelum ini.
Mungkin kerana terkesan dengan kecaman-kecaman dari pengguna media sosial terhadap posting berkenaan.
Dan, pada semalam telah tersebarnya satu gambar yang mengatakan Ibrahim Ali sakit dan sedang dirawat di hospital.
Penyebaran berkenaan dikaitkan dengan posting yang mengkritik kegagalan tuan guru melaksanakan hudud.
Hasil selidik punya selidik selepas aku bertanyakan beberapa pihak, mereka mengatakan penyebaran berkenaan di petik menerusi artikel blog ini ;
Selepas membaca artikel penuh, tidak pula dinyatakan Ibrahim Ali dimasukkan ke dalam mana-mana wad hospital.
Rujukan : http://kalamungu.blogspot.com/2015/02/ibrahim-ali-di-timpa-bala-dek-mulut.html
Di laman facebook rasminya pula menyatakan Ibrahim Ali berada di UK.
Ia dikemaskini pada 6 jam yang lepas.
Lalu, betul kah Ibrahim Ali dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit? Memang kita sedia tahu keadaan kesihatan Ibrahim Ali kurang memuaskan tapi itu bukan alasan untuk me-reka-reka cerita bagi memalitkan insiden berkenaan dengan posting yang mengkritik tuan guru pula.
Pendapat aku, hentikan penyebaran yang tidak sahih. Tiada apa-apa bukti yang menyokong penyebaran berkenaan, sekurang-kurangnya buat masa kini. Aku cenderung mengatakan penyebaran berkenaan adalah palsu bagi tujuan mengapi-apikan keadaan semasa. Apa pun, jika benar sekalipun Ibrahim Ali dimasukkan ke dalam wad, doakan dia cepat sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala lebih baik daripada lemparkan kata-kata kesat ke atas tubuh badan dia.
Bai.