SJKT Kantoi - Ajar Murid Meniru Di Sekolah, Apa Kata Menteri? - Mesti Baca !!!
Muhyiddin dan P. Kamalanathan perlu peduli tentang apa yang berlaku dalam sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini satu lagi sebab kenapa SKJT perlu dihapuskan laju2.
Point penting dalam pendedahan tersebut ialah ;
1. Guru mengalakkan dan mengajar anak murid untuk menipu dan meniru.
2. Guru bertindak demikian untuk memastikan sekolah mereka diiktirafkan sebagai sekolah yang cemerlang.
3. Ini termasukla meniru dalam peperiksaan.
4. Terdapat kaum india yang tidak mahu kepincangan dalam SJKT didedahkan atas alasan tidak mahu sentimen bubarkan SJKT berleluasa.
5. Pada orang india, mereka beranggapan bahasa selain dari bahasa Tamil dianggap 'bahasa asing'. Ko boleh baca kat artikel bawah yang aku pastekan.
Sebenarnya. Kewujudan SJKT kena dihapuskan secara total. SJKT mungkin, aku syak sahaja, dijadikan alat untuk orang2 India piaw dari India datang dan bertumpu ke Malaysia. Mereka tak perlu susah payah belajar bahasa Malaysia. Cukup tahu bahasa Tamil dan boleh bersekolah di SJKT untuk anak2 mereka pula.
Tambahan pula. Prasarana SJKT sangat teruk dan daif. Sekolah tersebut tak patut diberikan peruntukan untuk ditambahbaik. Buat pening otak sebab banyak sangat jenis sekolah nak dicover kerajaan. Aku harap menteri boleh laju2 hapuskan SJKT.
Senang sikit kita nak tumpu bila kita hapuskan cabang2 masalah yang tidak perlu. Kita boleh focus kepada sekolah satu sistem, tambahkan prasarana dan pertingkatkan kualiti pembelajaran dan persekitaran sekolah supaya menjadi sekolah yang ideal setanding dengan negara2 maju. Kalau taknak tiru UK atau USA maka tiru la Jepun dan Korea. Sekolah awam dorang power kot.
Baca ;
Sewaktu diwawancara dalam rancangan “VBuzz” di saluran Vinmeen (Astro) pada 26 Januari 2015, saya turut ditanya mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta hubungannya dengan kecintaan terhadap Bahasa Tamil dan pengekalan jati diri kaum India.
Saya tahu ini suatu topik yang amat sensitif dan mudah membuatkan pihak tertentu melenting jika apa-apa perkara yang negatif (walaupun benar) mengenai SJKT dinyatakan; apatah lagi menerusi rancangan/tulisan Bahasa Malaysia atau Inggeris.
Makalah bertajuk “SJKT dan identiti orang Tamil” (The Malaysian Insider, 5 Januari 2015) misalnya ternyata membuatkan sejumlah pejuang SJKT berasa amat tidak selesa.
Ada individu yang mengirimkan mesej peribadi menerusi Facebook dan berkata, saya sepatutnya tidak “mendedahkan” isu-isu berkaitan SJKT dan Bahasa Tamil menerusi tulisan “bahasa asing” (Bahasa Malaysia dan Inggeris).
Amaran seumpama itu tetap tidak menghalang saya daripada berkongsi pandangan dalam rancangan Bahasa Inggeris “VBuzz” apabila ditanya mengenai SJKT.
Saya terus-terang berkata, tidak semestinya hanya mereka yang belajar di SJKT memiliki kecintaan terhadap Bahasa Tamil dan semangat mempertahankan budaya dan jati diri kaum India.
Apa yang tidak sempat saya huraikan adalah berkaitan pelbagai masalah yang dilaporkan berlaku dalam kalangan bekas murid SJKT apabila mereka melangkah ke sekolah menengah.
Untuk makluman, belum ada sekolah menengah aliran Bahasa Tamil. Maka murid lepasan SJKT memang perlu meneruskan pelajaran ke sekolah menengah kebangsaan (SMK) serta menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
Memandangkan saya selalu berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat, banyak juga maklumat yang diterima daripada ibu bapa, pelajar, guru dan pegawai jabatan tertentu mengenai perkembangan kes-kes di sekolah.
Contoh kes murid datang minta bantuan
Baru-baru ini, seorang wanita dan anaknya, murid Tahun 6 di sebuah SJKT, datang ke Rumah Kavyan (tempat aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan) dan meminta panduan bagi karangan bertajuk “Pasar”.
Memandangkan tidak ada sebarang bahan khusus berkaitan tajuk itu di perpustakaan mini Kavyan, saya mengajak murid berkenaan membincangkan tajuk berkenaan.
Bagaimanapun, dia tidak mahu. Dia mahukan contoh karangan yang sudah siap sepenuhnya. Malah, katanya, dia sudah menyalin karangan bagi dua tajuk lain daripada dua majalah Tamil.
“Cikgu pesan semua murid supaya jangan tulis karangan berdasarkan idea sendiri. Kami semua wajib salin bulat-bulat karangan daripada majalah, buku atau Internet kerana tajuk ini akan masuk ujian,” katanya.
Saya memikirkan kemungkinan murid itu tersilap memahami arahan guru. Akan tetapi, si ibu mengesahkan dia sudah bertanya kepada guru terbabit dan memang itulah yang dikehendaki.
“Anak saya memang tak pernah pergi ke pasar. Jadi memang dia tak boleh tulis sendiri karangan tentang pasar. Nasib baik cikgu membimbing murid-murid menyalin sahaja karangan daripada majalah,” kata wanita berkenaan.
Pada keesokan hari, saya menghubungi seorang guru di sekolah berkenaan. Saya cuba mendapatkan pengesahan. Rupa-rupanya memang itulah amalan dan budaya di beberapa SJKT.
Guru-guru yang penuh dedikasi mahu memastikan murid cemerlang dalam ujian dan peperiksaan supaya dapat mengharumkan nama guru besar, nama sekolah dan maruah SJKT secara keseluruhan.
Kes terpencil seperti ini amat memeranjatkan, menyedihkan dan membimbangkan. Bayangkan apa yang akan berlaku apabila murid-murid yang sudah dilatih “menyalin” (copy) sejak Tahun 1 melangkah ke sekolah menengah.
Meniru sudah menjadi budaya?
Beberapa hari kemudian, datang pula berita dari sebuah SMK mengenai apa yang memang dibimbangkan. Ternyata kebimbangan saya amat berasas.
Dua pelajar Tingkatan 1 didapati meniru dalam ujian diagnostik yang dijalankan di kelas. Cerita sampai ke telinga saya kerana saya mengenali keluarga mereka.
Kedua-dua murid berkenaan mendapat 7A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan tentu sahaja melangkah terus ke Tingkatan 1 tanpa perlu mengikuti kelas peralihan selama setahun.
Saya cuba bertanya mengapa mereka meniru sedangkan ujian diagnostik dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris itu amat mudah; khususnya bagi murid yang mendapat 7A dalam UPSR.
“Kami sudah dilatih meniru sejak Tahun 1. Cikgu di SJKT yang ajar kami buat begitu supaya boleh cemerlang dalam ujian dan peperiksaan,” kata seorang pelajar.
“Entah mengapa guru-guru kaum India di SMK tak benarkan kami teruskan budaya itu. Mereka beri amaran akan melaporkan kami kepada pengetua. Ini sangat berbeza dengan budaya di SJKT kami dulu,” ujar seorang lagi.
Saya bersikap telus dengan memaparkan kes-kes terpencil ini menerusi ruangan status di Facebook walaupun saya sudah diberi “amaran” supaya tidak mendedahkan kelemahan “kaum kita” kepada “kaum asing” menggunakan “bahasa asing” (Bahasa Malaysia dan Inggeris).
Untuk berlaku adil, saya mengharapkan reaksi, komen dan hujah balas daripada orang ramai; khususnya mereka yang memperjuangkan SJKT dan rajin memberi amaran kepada saya. Tentulah mereka ada pandangan dan alasan dalam kes-kes “terpencil” seperti ini.
Bagaimanapun, sehingga makalah ini ditulis, tidak akan sesiapa yang tampil berkongsi hujah bagi mempertahankan SJKT dalam dua kes terpencil yang saya kongsikan di atas.
Guru India di SMK tidak “bantu” kaum sendiri
Seperti biasa, apabila makalah ini sudah disiarkan, barulah pelbagai pihak akan bising dan mengkritik. Kononnya pendedahan saya memalukan orang Tamil. Kononnya saya sengaja mencari kesalahan SJKT.
Hanya seorang rakan mengemukakan pandangan apabila isu ini dibincangkan secara terbuka menerusi Facebook sejak 24 Januari 2015. Untuk rekod, dia bukan lepasan SJKT.
Emmanuel Joseph dari Klang, Selangor berpendapat mungkin guru-guru di SJKT berdepan dengan tekanan untuk melaksanakan tugas. Prestasi cemerlang murid-murid dalam peperiksaan menjadi matlamat.
Pada masa sama, katanya, guru-guru terbabit mungkin tidak memiliki sumber rujukan dan bahan bantuan mengajar yang diperlukan.
“Agaknya mereka tidak sedar kesan buruk daripada tindakan menggalakkan budaya meniru dalam kalangan murid-murid di kelas. Kemampuan berfikir kanak-kanak itu juga terbantut; apatah lagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
“Saya percaya guru-guru SJKT dalam kes-kes terpencil ini tidak bersalah. Mereka bukan malas dan tidak juga berniat jahat. Mereka hanya jahil dan keadaan bertabah buruk disebabkan tekanan daripada guru besar,” kata pemuda itu.
Persoalan seperti ini pernah juga saya kemukakan kepada seorang guru besar sebuah SJKT. Saya bertanya, apa akan berlaku kepada murid-murid seperti ini apabila mereka ke SMK.
Murid SJKT Taman Melawati berpeluang bertemu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.Murid SJKT Taman Melawati berpeluang bertemu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.Dengan selamba sahaja guru besar terbabit menegaskan tanggungjawab dia, guru dan SJKT tamat selepas UPSR. Sasaran mereka adalah kecemerlangan dalam UPSR dan menaikkan prestasi SJKT pada peringkat kebangsaan.
“Sepatutnya guru-guru kaum India di SMK perlu meneruskan kerja-kerja membantu lepasan SJKT apabila mereka ke sekolah menengah. Malangnya saya dapati rata-rata guru kaum India di SMK bertindak tegas, berdisiplin, beretika dan tidak membantu pelajar SJKT yang lemah,” katanya.
Menang sorak, kampung tergadai
Saya juga selalu mendapat berita daripada ibu bapa yang mengadu anak-anak mereka di Tingkatan 4 dan 5 dikenakan tindakan disiplin kerana meniru dalam ujian bulanan.
Apabila diselidik, kesemua pelajar terbabit adalah murid cemerlang UPSR tetapi merosot dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) – sebelum PT3 diperkenalkan pada 2014.
Mereka mengaku meniru dalam ujian dan peperiksaan. Mereka juga mengaku prestasi semakin merosot selepas masuk Tingkatan 4. Agak sukar untuk mempercayai mereka pernah cemerlang dalam UPSR dengan 6A atau 7A.
“Kami cemerlang di sekolah rendah dulu sebab guru benarkan kami meniru sesama sendiri. Guru dan pengawas peperiksaan sendiri akan membantu kami dengan memberikan jawapan,” kata seorang pelajar yang mengaku tidak pernah membaca mana-mana makalah tulisan saya mengenai isu SJKT.
“Apabila masuk ke SMK, kami sudah terlalu biasa dengan budaya meniru. Susah nak fikir dan buat sendiri. Kami tak fasih Bahasa Malaysia dan Inggeris. Guru kaum India pula sentiasa menegur dan memberi amaran jika kami meniru,” seorang lagi mengakui.
“Rakan-rakan kaum India dari sekolah kebangsaan (SK) pun tak mahu tolong kami sebab mereka kata itu bukan budaya mereka. Akhirnya kami meniru sesama sendiri tetapi masih belum mampu cemerlang. Selalu pula kena tangkap oleh guru,” kata seorang lagi yang dikenakan tindakan tatatertib.
Tentulah tiga kes terpencil yang saya kongsikan di sini tidak mewakili budaya dan amalan kesemua SJKT di seluruh negara. Sebaliknya hanya merupakan beberapa kes terpilih yang sampai kepada pengetahuan saya secara langsung.
Pasti pendedahan terbuka seperti ini mendapat kecaman dan kritikan pelbagai pihak, khususnya pejuang SJKT dan Bahasa Tamil. Akan tetapi, sekiranya “kes terpencil” seperti ini terus ditutup dan disembunyikan “demi kaum kita” maka keadaan hanya akan bertambah parah.
Akhirnya, apa yang akan tinggal hanyalah laungan megah mengagung-agungkan kehebatan SJKT sedangkan sekelompok lepasan SJKT terus tercicir sebaik melangkah ke SMK.
Bak kata pepatah Melayu: Menang sorak, kampung tergadai.
Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/opinion/uthaya-sankar/article/dari-sjkt-ke-smk

Gambar sekadar hiasan |