Harga Minyak Baru Umum Malam Ini - "Sampai Masa Ku Umum Jua" Kata Hasan Malek.
Buat lawak la plak menteri ko neh. Harga minyak tidak akan kekal. Ini pemerhatian aku. Jika kekal apa perlu membuat pengumuman malam nanti. Betul tak? Samada naik atau turun aku tak pasti. Tapi sudah tentu ada perubahan harga minyak malam nanti. Mungkin semua naik atau ada sesetengah yang naik. Kita tunggu dan tengok la macam mana. Menteri kata harga minyak akan diumumkan pada malam ini tepat jam 12.01 malam.
Semua pihak diminta bersabar dan menanti saat kerajaan mengumumkan harga minyak untuk bulan April.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, walaupun spekulasi tersebar di media sosial mengenai jangkaan kenaikan harga minyak, telahan itu dilihat hanya akan dijawab pada malam Selasa.
"Sabarlah, saya tidak boleh beritahu sehingga tiba masanya. Ia akan menjadi rahsia sehingga malam ini.
"Kenapa ada yang hendak mengeluh sedangkan belum ada pengumuman apa-apa mengenai harga minyak, sabarlah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hasan mengulas rintihan pengguna di media sosial yang membuat telahan mengenai harga minyak yang dijangka naik bermula April.
Rata-rata mereka sudah mengeluh sekiranya spekulasi tersebut nyata benar kerana ia dilihat bakal membebankan pengguna memandangkan April juga ialah tarikh bermulanya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Sebuah portal melaporkan penafian Hasan terhadap penyebaran gambar paparan skrin yang menunjukkan 'jaminannya' bahawa tiada kenaikan harga minyak akan berlaku bulan April.
Hasan turut menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, selain menyifatkan penyebaran itu satu tindakan biadab.
Kenaikan harga minyak akan memungkinkan peningkatan harga barangan di pasaran.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pernah meminta Hasan mencari mekanisme baharu bagi mengekang golongan peniaga yang berdegil untuk mengurangkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak pada Februari.
Dalam pada itu, kata Hasan, dia tidak melayan sebarang tuntutan yang memintanya meletakkan jawatan seandainya terdapat perubahan pada harga minyak malam ini.
"Itu hak semua, kita hanya teruskan kerja," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan turut meminta rakyat negara ini bersabar menanti pengumuman harga baharu minyak untuk bulan April.
"Tunggu sahajalah pukul 12.01 minit malam ini," jelasnya ringkas.
Pada Mac, harga petrol bagi RON95 adalah RM1.95, RON 97 RM2.25, dan diesel RM1.95. -Awani.