Ini Penjelasan UZAR Atas Poster Fitnah LHDN Berkenaan Isu Pembayaran Cukai.
KPN, awak kat mana? Awak kat mana? Taknak ke panggil LHDN untuk tanya atas penyebaran poster fitnah yang menyalahgunakan unsur-unsur agama bagi membenarkan tindakan kerajaan berhubung isu cukai? Laa.. kata adil sangat.
WAKAKAKA..
Berikut respon Uzar atas poster yang disebarkan oleh LHDN pada semalam ;
ULASAN RINGKAS KONTEKS SEBENAR ISU CUKAI PENDAPATAN (BUKAN GST) & SEDEQAH DI FACEBOOK LHDN.
Memang benar itu petikan sebahagian ucapan saya dari Forum Perdana Ehwal Islam RTM namun perlu difahami konteks asal pandangan itu.
Pandangan popular yang sering dianggap 'juara' dan 'berani' namun terlalu ideal untuk praktikal adalah adalah JANGAN bayar cukai atau haram semua jenis cukai. Namun itu pendapat terlalu simplistik dan adakalanya tidak realistik dalam menyelesaikan dilemma masyarakat kini. Tidak juga diubah oleh pembuat dasar
Jika ada yang ingin ikuti pendapat yang mengatakan haram, lalu tidak mahu membayar cukai pendapatan, itu terpulanglah kepada mereka NAMUN mereka perlu bersedia MENERIMA AKIBAT penalti dan hukuman dari sudut undang-undang Malaysia apabila dikenalpasti oleh pihak LHDN.
Justeru, konteks ucapan saya adalah bagi mereka yang rasa terpaksa ketika membayar kerana mengelak tindakan walau TIDAK IKHLAS, tidak puas hati dan kecewa, maka dalam konteks itulah saya sebut, DARIPADA membayar cukai pendapatan sambil MENDERITA tanpa dapat apa-apa selain wang semakin habis LEBIH BAIKLAH membayar sama ada mengubahnya semua kepada zakat kepada pusat zakat atau jika tidak disalurkan kepada pusat zakat maka membayarnya kepada lhdn sambil berniat sedekah sambil mewakilkan kepada kerajaan untuk disalurkan kepada pembangunan negara dengan baik. Kerana pembayaran itu cukup syarat untuk dianggap sedeqah.
Tatkala itu, niat tersebut mampu menjadikan pembayaran tersebut sebagai sedeqah. Manakala tanggungjawab mengagihkan dengan saksama dan tepat adalah diatas amanah bahu pemimpin kerajaan dan bukan lagi urusan pembayar. Merekalah yang akan bertanggungjawab di dunia dan akhirat. Itu juga saya sebut dalam forum terbabit.
Maka fahamilah konteks dan jauhi sangka buruk. Saya hanya cuba memberikan solusi praktikal jangka pendek.