Kerja 24 Jam Punca 2 Pegawai Polis Kepenatan Dan Tertidur Ketika Bertugas.
Gambar yang sedang tersebar di pelbagai laman sosial ketika ini.
Menerusi blog pro pembangkang, Omakkau, dikatakan 2 pegawai polis ini berkhidmat di balai polis komuniti Mak Maidin, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Gambar ini viral dan mendapat kecaman serta kritikan daripada pelbagai pihak terutamanya di page-page pro pembangkang. Selain daripada kritikan, terdapat juga pihak2 tertentu yang membela kelakuan 2 pegawai polis yang tertidur ketika bertugas itu.
Ini antara hujah2 dari individu berkenaan ;
Pendapat aku.
1. Aku tak pasti betul atau tidak pegawai polis bertugas 24 jam. Aku ada tanya kenalan tadi. Dia kata kerja 8 jam-8jam dengan shift. Waktu operasi itu kau jangan cerita. Kerja seminggu tak henti-henti pun ada.
2. Kita kembali semula kepada sistem.
3. Bukankah ini bermaksud PDRM kekurangan pegawai sehingga sesetengah dari mereka perlu bekerja lebih dari 8 jam bagi menjaga / mengawal keselamatan dalam negara?
4. Bukankah ini bermaksud anggota PDRM sendiri perlu berjuang dalam menuntut hak dan masa bekerja yang sepatutnya bagi pihak mereka supaya nanti kerja mereka boleh menjadi lebih effisen dan berdaya saing dan sekaligus memberikan pulangan yang berbaloi kepada rakyat apabila tahap keselamatan negara berada dalam keadaan yang terkawal?
5. Jika keringat dan tenaga anggota bawahan dikerah sehabis-habisnya, apakah kepada rakyat yang harus bertanggungjawab?
6. Rakyat tidak entitle untuk tahu tentang itu bahkan jika tahu rakyat tidak entitle untuk menerima keadaan tersebut.
7. Ini berlaku ialah kerana suka tak suka waktu bekerja bermaksud waktu bekerja. Kau tak boleh tidur. Walaupun takde apa-apa nak dibuat pada ketika itu, kau tetap tak boleh tidur. Kerana kau pasukan beruniform dan orang akan mempertikaikan intergriti agensi yang kau wakili. Kau juga tidak dibayar untuk tidur ketika bekerja.
8. Perbuatan begini la yang akhirnya akan menyebabkan orang ramai mengaitkan kadar jenayah yang semakin berleluasa dengan sikap anggota polis yang leka dan cuai ketika bekerja.
9. Nampak tak bagaimana ia memberikan impak negatif kepada agensi PDRM?
10. Dan berbalik semula kepada kebajikan anggota PDRM. Ia memerlukan diri korang sendiri untuk melawan dan menentang semangat kapitalis yang membarah dalam agensi PDRM. Menyedut tenaga manusia sehabis2 namun mengharapkan pekerja memberikan prestasi yang cemerlang. Nak cemerlang macam mana. Kerja 24 jam. Badang pun tak tahan kalau macam tue.
Jika kau semua tak reti nak melawan, menuntut hak sendiri, menjaga kebajikan sendiri, apa kau fikir rakyat akan peduli dengan omelan dan kesengsaraan kau?
Jangan harap la.
Kau semua belajar melawan dulu. Bila kau lawan secara seriyus dalam menuntut hak2 kau, baru la rakyat akan terbuka nak sokong perjuangan kau. Ini setakat huha huha cakap rakyat tak faham bidang tugas kau, masa bekerja kau dan sebagainya bila terkantoi tidur ketika bertugas, ia tak mendatangkan apa-apa hasil. Bukannya ia boleh membantu korang pun. Lagipun. Bukan kah tahap ketidakpercayaan rakyat terhadap PDRM tinggi selepas ahli politik dalam kajian yang dijalankan pada tahun lepas? Maksudnya, kau semua cakap la apa-apa pun. Rakyat dah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agensi biru. Bukan kerana politik walaupun politik mempengaruhi. Ia lebih kepada tahap keselamatan dalam negara yang semakin membimbangkan disamping kadar kes yang tidak diselesaikan juga tinggi. Tak lupa juga kes rasuah dan salahguna kuasa oleh sesetengah pegawai PDRM. Termasuk juga layanan double standard antara orang biasa dan VVIP. Macam mana orang nak kesian kat korang kalau betul sekalipun tenaga korang kena perah kaw2 dengan pihak atasan apabila dalam masa yang sama rakyat juga rasa tak selamat di bawah jagaan agensi keselamatan negara.
Fikir2kan la ek.