t>

Breaking News

Mari Baca Apa YG Gulati's Silk House Buat Kat Orang Angkara Dengki Tak Bertempat.

Sombong. Berlagak. Ego. Mentang-mentang dia kaya, popular, berjenama pula tue. Maka lantak la nak buat apa sahaja. Dia fikir dunia melutut di tapak kaki dia kot. Orang macam neh semakin kaya semakin meninggi egonya pun. Jenis tak reti nak pandang ke bawah bila dah berjaya dan terkenal.

Mari baca apa yang pihak Gulati's buat bagi menunjukkan sikap dengki dan terpuji dia tue.

Lihat ;


Punca kes ;

SAYA BOIKOT GULATIS!
 
Ramai yang kecewa tidak dapat bergambar di Laman Seni 7 kerana tindakan GULATIS membuka pintu belakangnya dan merosakkan mural dengan binaan tangga secara haram.
Sebelum ini mereka tidak langsung berminat malah menghalang (tidak membenarkan cat-aircond), tidak bersetuju dan memandang sinis pembinaan laman seni 7 (kisah sebenar dari isteri saya yg berjumpa sendiri dgn pegawai gulatis sblm mural dibuat). Lorong belakang tersebut hanya dibiarkan kotor, berbau busuk, penuh dengan lipas dan tikus yang besar-besar serta air aircond tanpa saliran yang betul sehingga merosakkan permukaan jalan.
Namun kini apabila segalanya telah indah dan setelah menyedari kehadiran ramai pengunjung di lorong belakang berbanding pintu depannya, mereka membuka pintu belakang (roller shutter) tanpa sebarang rundingan, kebenaran dan merosakkan mural sediaada!
This is an act of selfishness !!
If you love art, please spread the news.
Nota: Emmm....siapa agaknya yg potong buaian tu dulu?

Amboi.. amboi.. amboi.

Orang tolong cantikkan jalan. Dan dinding. Bukan nak ucap terima kasih. Siap potong lagi tue. Apa salahnya bekerjasama dalam membuat kebaikan. Bukan orang tue buat seni mengacau periuk nasi sesiapa. Gulati's secara tak langsung dapat keuntungan dan populariti juga. Tak faham aku dengan pendirian yang ditunjukkan Gulati's Silk House neh. Padahal benda bukan masalah. Tapi jadi masalah dek perangai mendengki dan busuk ahti dia.

Aduhai. Inila dikatakan takde musuh mencari musuh.

Btw. Aduan dimulakan oleh pengemar mural.


Seni yang dirosakkan angkara kedengkian oleh golongan pemodal yang tamak.


Karya asal sebelum dicacatkan oleh golongan pemodal yang dengki khianat ;


Cantik. Memang cantik. Sayang kecantikan kau didengki oleh Gulati's. Macam cerita Snow White. Gamaknya Gulati's dengki sebab lukisan dinding ini lebih cantik dari kain jualannya. Padanla dirosakkan.

HAHAHAHAHA..

Sumber.