t>

Breaking News

Siling LRT Masjid Jamek Runtuh - Apa Yang Sedang Berlaku?

Semalam viral beberapa gambar dan berita yang melaporkan beberapa siling di LRT Masjid Jamek runtuh.

Antara yang viral di laman sosial terutamanya di Whatsapp.


Kebetulan pula semasa kejadian runtuhan, tiada sesiapa pun yang berada di platform. Ini satu kebetulan yang luar biasa sekali sebab LRT Masjid Jamek sebenarnya satu station LRT antara yang busy la juga. Dah kat tengah bandar kan.

Ini sedikit laporan berita berkaitan kejadian ;
Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan insiden runtuhan siling di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur hari ini.
 
Pengurus kanan Prasarana (komunikasi dan hal ehwal media) Azhar Ghazali berkata dalam kejadian 2.10 petang itu, struktur siling di Platform 1 bagi laluan menghala ke Kelana Jaya, dipercayai runtuh secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, katanya operasi perjalanan pengguna LRT kembali pulih seperti biasa selepas itu.
 
"Tiada penumpang ketika kejadian itu. Punca kejadian masih disiasat."
Azhar berkata kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan siling itu selesai kira-kira 4.45 petang tadi. – Bernama,

Pertama. Ini adalah kali pertama berlaku runtuhan siling yang membabitkan station LRT.

Kedua. Runtuhan pula berlaku betul2 di kawasan yang memang dilalui oleh orang ramai.

Ketiga. Bukan satu bukan dua tapi kau boleh tengok kat gambar tue, bersiling2 terkopak dan runtuh.

Keempat. Ini gambar di lokasi kejadian 2 hari sebelum runtuhan.


Rupa-rupanya kawasan tersebut sedang melalui proses renovation.

Jadi secara kasar, kita boleh membuat sedikit jangkaan awal mungkin disebabkan proses renovation maka menyebabkan siling runtuh. Ini sebenarnya bahaya ek. Kau nak naiktaraf tak salah tetapi jika proses tersebut boleh mengundang bahaya kepada pengguna ada baiknya kau tutup sekejap station tersebut sehingga proses naik taraf selesai. Jangan fikir nak untung je. Sampai tak sanggup nak tutup sekejap. Memang kadang2 pengguna rasa susah juga bila LRT tutup tapi demi keselamatan aku tak rasa dorang akan bising sangat. Lagipun untuk tempoh sekejap aje.

Aku harap hasil siasatan dapat didedahkan kepada umum. Tapi itupun kalau hasil siasatan tue telus le.

Haha.