Tambang Bas Ekpress & Teksi Naik Mulai 1 April 2015 - SPAD.
Kenapa mesti naik pada 1 April? Kenapa beri alasan ia ada kaitan dengan kenaikan kos penyelenggaraan dan insurans?
Pertama. Siapa yang menaikkan kadar insurans kalau bukan ada campur-tangan kerajaan?
Kedua. Jika berlaku peningkatan dalam kos penyelenggaraan, bukan kah ia juga kerana polisi kerajaan yang melaksanakan GST? Kenapa rakyat pula yang perlu menerima kesan negatif akibat dasar baru itu?
Ketiga. Bukan kah pengangkutan awam dikecualikan GST? Apakah ini bermaksud teksi dan bas ekpress juga tertakluk GST sehingga kadar tambang mereka perlu dinaikkan berkuatkuasa pada 1 April bersempena dengan hari pertama pelaksanaan GST?
Laporan oleh BH ;
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi teksi dan bas ekspres berkuatkuasa 1 April depan.Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata penetapan kadar baharu perkhidmatan teksi dan bas ekspres berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans.Katanya, penetapan terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres pada tahun 2009."Bagi teksi, kadar baharu hanya tertakluk untuk perjalanan antara 0.25 sen sehingga 0.35 sen per 200 meter (m)."Tempoh menunggu, antara 0.25 sen hingga 0.35sen/36 saat."Manakala bas ekspres pula, kenaikan untuk perjalanan seluruh negara antara RM4.60 sehingga RM11," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPAD di sini sebentar tadi.