t>

Breaking News

Terengganu Nafi Akan Kuatkuasakan Undang2 Kod Etika Pemakaian Terhadap Pelancong.

Laaa..

Uturn la neh kiranya kan?

Sebelum neh Terengganu dilaporkan secara meluas oleh pelbagai media alternatif bahawa kerajaan negeri berkenaan akan melaksanakan satu undang2 baru yang merujuk kepada kod etika pemakaian ke atas pelancong2 yang berkunjung ke negeri berkenaan. Kod etika itu bertujuan untuk memastikan kesemua pelancong2 yang berkunjung ke negeri berkenaan memakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata. Laporan berkenaan juga mendapat pelbagai reaksi samada berbentuk pujian mahupun kritikan daripada orang awam. Rata-ratanya muslim bersetuju manakala mendapat reaksi negatif bagi yang bukan muslim.

Walau bagaimanapun dalam satu kenyataan balas, MB Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman menafikan laporan berkenaan. Katanya kerajaan negeri tidak pernah duduk berbincang tentang pelaksanaan undang-undang baru itu dan ianya tidak akan dilaksanakan di Terengganu memandangkan undang-undang sedia ada 'telah cukup' untuk menanggani pemakaian yang tidak bersesuaian atau terlampau di tempat awam.

Tambah Ahmad Razif lagi, dia amat terkejut apabila isu berkenaan menjadi viral dan diperkatakan oleh ramai pihak sedangkan perbincangan ke arahnya tidak pernah dibuat.

Memetik laporan The Star, Ahmad Razif dilaporkan berkata sebagai terkejut dan telah bercakap dengan salah seorang exco yang bertanggungjawab dan menjelaskan terdapat salah faham berhubung hal berkenaan.

"Tidak. Kami tidak mengadakan apa-apa perbincangan. Saya sendiri terkejut bila benda neh jadi kecoh. Saya telah bercakap dengan salah seorang pegawai (exco) saya yang mengumumkan perkara itu. Sebenarnya berlaku salah faham. Kami tidak bercadang menguatkuasakan undang2 tersebut terhadap pelancong ke negeri ini. Jika seseorang memakai menjolok mata (terlampau), undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menanggani tindakan itu. Kerajaan (negeri) tidak bercadang menambahkan lagi".

Maka. Masih selamat la pelancong untuk berbikini tepi pantai, okay?

HA HA HA